Selaras dengan PP Bil. 2/2014 ini, YBhg. Dato'/tuan/puan adalah dipohon untuk mematuhi 11 langkah perbelanjaan berhemat yang telah   digariskan.  Selain itu, YBhg. Dato'/tuan/puan perlu SERTA-MERTA melaksanakan langkah-langkah perbelanjaan berhemat yang telah dinyatakan semasa Mesyuarat Pengurusan NRE Bil. 1/2014 pada 7 Januari 2014 seperti berikut:
 
                   a)      Mengurangkan penggunaan dokumen cetakan berwarna;
                   b)      Tiada penyediaan t-shirt bagi program-program rasmi Kementerian/Jabatan;
                   c)       Tiada kain pemidang (bunting dan banner) bagi program-program rasmi Kementerian/Jabatan;
                   d)      Tiada jamuan makan tengah hari bagi mesyuarat yang tamat pada waktu tengah hari; dan
                   e)      Mengurangkan pemberian door gift dan goodies bag bagi program-program rasmi Kementerian/Jabatan"

Langkah-langkah perbelanjaan berhemat yang lain akan diperhalusi dan dimaklumkan kepada YBhg. Dato'/tuan/puan melalui Arahan Ketua Setiausaha yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

 

Tahun: