wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wpf829c690.png











wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpef70fd99.png
wpe685c515.gif
wpd9884a66.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp64c42baf.png

wp00000000.png

Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT)

Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT), Akta 34 telah berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sejak 13 Oktober 1960. akta ini telah melalui beberapa proses pindaan sejak itu dan akhirnya pada tahun 1992, akta ini telah disemak semula dan kini dikenali sebagai APT 1960, Akta 486. Selepas semakan ini sekali lagi Akta ini dipinda berikutan dengan terkanunnya Akta A999 yang mula berkuatkuasa pada 1 Februari 1998.

 

Tujuan utama APT ialah untuk memproses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan yang mencukupi.

 

Tanah-tanah yang boleh diambil melalui APT 1960 ialah:

1.

Tanah berimilik seperti ditakrifkan dalam Kanun tanah Negara (KTN)

2.

Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat.

3.

Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.

4.

Tanah yang diduduki oleh kerana ada catatan dalam Daftar Pegangan (R.O.H) dibawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Prosedur pengambilan adalah mengikut Pekeliling KPTG Bil. 4.1986.

wp00000000.png

Kuasa Dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT)

APT 1960 melalui Seksyen 3 (1), memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil mana-mana tanah yang diperlukan:

1.

Untuk sesuatu maksud awam.

2.

Oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN berfaedah untuk pembangunan Ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau

3.

Untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut.