Organisation
JKPTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Latar Belakang JKPTG wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian. Manakala Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL) ditubuhkan bagi membantu JKPTG mempercepatkan urusan pengambilan tanah supaya pelaksanaan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan tidak terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JKPTGWPKL mempunyai 2 unit iaitu Unit Pengambilan Tanah dan Unit Pusaka Kecil. Jumlah kakitangan yang bekerja dibawah JKPTGWPKL adalah seramai 31 orang didalam Unit Pengambilan Tanah dan 8 orang dibawah Unit Pusaka Kecil.
Objektif Jabatan
1.Mempercepatkan proses permohonan pengambilan tanah yang dikemukakan oleh Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri.
2.Menjelaskan bayaran pampasan dan dalam keadaan-keadaan tertentu mendepositkannya di Mahkamah atau Amanah Raya Berhad yang mana berkenaan dalam tempoh genap masa.
3.Membantu Pejabat Tanah mengeluarkan hakmilik sambungan (jika berkaitan) melalui permohonan ukur selepas proses Pengambilan Tanah selesai.
4.Merujukkan kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) hingga (d) Akta Pengambilan Tanah.
5.Mewujud dan mempastikan pengurusan Harta Tanah Persekutuan dilaksanakan dengan yang cekap dan dinamik.
Fungsi
1. Memproses permohonan pengambilan tanah sehingga tanah berkenaan dapat dimasuki secara sah.
2. Memfailkan kes-kes bantahan ke Mahkamah daripada orang-orang yang berkepentingan yang tidak berpuashati terhadap perkara-perkara berikut:
3. Menguruskan pembayaran wang pampasan kepada orang-orang yang berkepentingan atau mendepositkannya ke Mahkamah dalam keadaan- keadaan berikut:
4. Menyediakan permohonan ukur bagi baki lot yang tidak terkena dengan pengambilan ke atas tanah-tanah yang dipegang di bawah Hakmilik Pendaftaran dan Hakmilik Pejabat Tanah supaya dapat dibuat pengukuran muktamad untuk tujuan pengeluaran hakmilik sambungan.
5. Memproses permohonan untuk menduduki / menggunakan tanah secara sementara bagi tempoh yang tidak melebihi tiga (3) tahun.
6. Menjalankan pemantauan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Tanah-Tanah Persekutuan.
Piagam Pelanggan
Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar notis Borang E kepada orang yang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis awam ditampal (15 hari notis 1 hari/1 Penghantar Notis).
Mengadakan Siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E)
Menyediakan Award Pampasan Bertulis (Borang G) dihadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
Menyediakan dan menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan/ Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/ bayaran yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
Kuala Lumpur (HQ)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian ( Persekutuan )
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 2, Wisma JUPEM
Jalan Semarak
50576 Kuala Lumpur
Malaysia
No. Tel : 03-26931797
No. Faks : 03-26921172
Last Updated :
Department Of Director General Of Lands And Mines (Federal)
Section of Administration and Finance, Ministry Of Natural Resources and Enviroment (NRE)
Level 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA, Malaysia
Tel: 03-8871 2600 / 03-8886 1111
Fax: 03-8881 0796 / 03-8890 1237
Email: webmaster@kptg.gov.my
|
|







![]() | Today | 15784 |
![]() | Yesterday | 22320 |
![]() | This Week | 94505 |















