wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wp6e1c9db1.png











wp7acebe1f.gif
Further enquiry, please mail to
webmaster@kptg.gov.my
Updated:
Access started from
05/ 20/2008

Terms & Conditions | Disclaimer | Safety Policy | Privacy Policy | Web Team | Site Map | Location Map

Best view using Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox with 1024*768 Resolution

wp9a911299.png
wpe685c515.gif
wpc5125841.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wpcb2191da.png
1  |  2  |  3  |  4

wp00000000.png

Takrif Tanah

Tanah termasuk:

Mukabumi dan semua benda yang menjadikan mukabumi tersebut.

Tanah bumi di bawah mukabumi dan semua benda yang terkandung di dalamnya.

Semua tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, samada memerlukan penggunaan tenaga berkala terhadap pengeluarannya atau tidak, dan samada di atas atau di bawah mukabumi itu.

Semua benda yang terlekat pada tanahbumi atau dilekatkan selama-lamanya pada apa-apa benda yang terlekat pada tanahbumi, samada di atas atau di bawah mukabumi itu.

Tanah yang diliputi air.

wp00000000.png

Klasifikasi Tanah

Peruntukan mengenai klasifikasi tanah terkandung dalam Seksyen 51 KTN.

Tanah mula-mula diklasifikasikan seperti berikut:

Tanah melepasi garisan pinggir laut. (Seksyen 5 KTN)

Pantai pasang surut dan dasar laut (Seksyen 5 KTN)

Tanah melepasi garisan pinggir laut terdiri daripada 3  klasifikasi iaitu:

1.

Tanah bandar

2.

Tanah pekan

3.

Tanah desa

Tanah bandar terletak dalam bandar yang diisytiharkan mengikut seksyen 11 KTN atau mengikut peruntukan yang berkenaan dalam undang-undang tanah sebelumnya.

Tanah pekan terletak dalam pekan yang diisytiharkan sebagai pekan mengikut peruntukan yang sama seperti tanah bandar.

Tanah desa adalah kawasan yang tidak termasuk dalam tanah bandar atau tanah pekan.

Secara umumnya ada 5 jenis tanah iaitu:

1.

Tanah bandar

2.

Tanah pekan

3.

Tanah desa

4.

Tanah pantai pasang surut

5.

Dasar laut

Perlu diambil perhatian bahawa bahagian dasar laut yang dibawah bidang kuasa Negeri ialah seperti yang dinyatakan dalam Ordinan No. 7 (Kuasa-kuasa Perlu) Dharurat, 1969 (P.U. (A) 307A/1969).

wp00000000.png

Kategori Kegunaan Tanah

Sebelum KTN, peruntukan mengenai kategori kegunaan tanah tidak wujud dalam undang-undang tanah.

Mengikut KTN (Seksyen 52), terdapat 3 kategori kegunaan tanah iaitu:

1.

Pertanian

2.

Bangunan

3.

Perusahaan

Mengikut Seksyen 124 KTN, tuan punya tanah boleh memohon untuk mengenakan kategori kegunaan tanah jika ianya belum lagi tertakluk kepada sesuatu kategori. Tuan punya tanah juga boleh memohon untuk menukar kategori kegunaan tanah atau meminta ianya dipotong daripada dokumen hakmilik tanah.

 

 

 

 

wpc988fca1.png