wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wp6e1c9db1.png











wp7acebe1f.gif
Further enquiry, please mail to
webmaster@kptg.gov.my
Updated:
Access started from
05/ 20/2008

Terms & Conditions | Disclaimer | Safety Policy | Privacy Policy | Web Team | Site Map | Location Map

Best view using Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox with 1024*768 Resolution

wp9a911299.png
wpe685c515.gif
wpc5125841.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wpcb2191da.png

wp00000000.png

Hak Anda Sebagai Pemilik Tanah

Perlembagaan Malaysia dan Akta Pengambilan Tanah 1960 membenarkan Kerajaan mengambil tanah anda untuk maksud awam.

 

Apa hak anda dan apa yang boleh anda lakukan apabila tanah anda diambil oleh Kerajaan?

1.

ANDA BERHAK diberitahu melalui satu notis mengenai hasrat Kerajaan untuk mengambil tanah anda dan menjemput anda menghadiri satu siasatan/ perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan.

2.

ANDA BERHAK mendapatkan jumlah pampasan yang adil dan berpatutan.

3.

ANDA BERHAK membuat tuntutan pampasan sama ada cara lisan atau bertulis ke atas tanah anda dan ke atas apa-apa pembangunan yang telah dibuat di atas tanah berkenaan dengan syarat pembangunan itu tidak melanggar syarat guna tanah yang ditetapkan dalam hak milik. Anda walau bagaimanapun tidak boleh menuntut pampasan untuk tanaman kerana nilai tanaman telah diambil kira dalam nilai tanah. Anda boleh mendapatkan khidmat Penilai Swasta untuk membantu menilai tanah anda tetapi Pentadbir Tanah tidak terikat dengan penilaian oleh Penilai anda  dalam menetapkan pampasan.

4.

ANDA BERHAK sekiranya tanah diambil sebahagian sahaja, menuntut pampasan kerosakan ke atas baki tanah yang tidak diambil yang telah jatuh nilainya atau terhad kegunaannya disebabkan oleh pengambilan itu atau terhadap tanah lain yang berdekatan atau kerosakan terhadap harta alih atau tidak alih yang lain.

5.

ANDA BOLEH menuntut segala kos perpindahan ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang baru akibat pengambilan ini.

6.

ANDA BOLEH menuntut kos perjalanan untuk menghadiri siasatan.

7.

ANDA BOLEH melantik wakil/ ejen bagi pihak anda untuk menghadiri siasatan.

8

ANDA BERHAK membantah jumlah nilai pampasan atau cara pembahagian pampasan atau ukuran keluasan tanah yang diambil, tetapi anda tidak berhak membantah hasrat kerajaan mengambil tanah anda.

9.

ANDA BERHAK memilih sama ada untuk menerima atau menerima dengan bantahan atau menolak sama sekali pampasan yang ditawarkan secara bertulis.

10.

ANDA BERHAK membuat bantahan ke mahkamah melalui Pentadbir Tanah setelah melengkapkan Borang N (satu orang satu Borang N) setelah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

Anda telah membuat tuntutan semasa siasatan dan menolak atau menerima dengan bantahan pampasan yang ditawarkan oleh Pentadbir Tanah. Anda tidak boleh merujuk ke mahkamah sekiranya anda bersetuju menerima tawaran pampasan.

 

Permohonan bantahan ke mahkamah hendaklah dibuat dalam tempoh 6 minggu (jika anda hadir semasa award bertulis Borang G dibuat oleh Pentadbir Tanah) atau (jika tidak hadir) 6 minggu dari tarikh menerima notis tawaran pampasan Borang H atau 6 bulan dari tarikh award Borang G yang mana dahulu luput.

 

Jumlah nilai pampasan bagi kepentingan anda hendaklah melebihi dari RM3,000.00 jika ingin membantah mengenai keluasan tanah dan amaun pampasan. Walau bagaimanapun anda masih boleh membuat bantahan mengenai pembahagiannya dan kepada orang yang menerima pampasan jika amaun pampasan tidak melebihi RM3,000.00

 

Membayar deposit RM3,000.00   atau   10%    dari nilai yang dituntut yang mana lebih rendah.

 

Keputusan  mahkamah adalah  muktamad.

11.

ANDA BERHAK mendapat dokumen hak milik sambungan bagi baki tanah  yang  tidak  diambil dan mendapat pelarasan cukai tanah berasaskan  keluasan dalam hakmilik yang baru ini.

 

 

 

Perkara-perkara Yang Anda Tidak Berhak Atau Tidak Boleh Lakukan:-

1.

ANDA TIDAK BERHAK menghalang Kerajaan dari mengambil tanah anda mengikut undang-undang.

2.

ANDA TIDAK BOLEH menghalang mana-mana Pegawai Tanah atau Juruukur atau ejen-ejen yang mendapat kebenaran dari Pengarah Negeri (Pengarah Tanah dan Galian) untuk membuat kerja-kerja siasatan di atas tanah.  Walau bagaimanapun anda boleh meminta mereka menunjukkan surat kuasa yang diberi itu bersekali dengan salinan warta pemberitahuan dalam Borang A.