


Further
enquiry, please mail to webmaster@kptg.gov.my |
Updated: |
Access
started from |
05/
20/2008 |
|
Terms & Conditions | Disclaimer | Safety Policy | Privacy Policy | Web Team | Site Map | Location Map |
|
Best view using Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox with 1024*768 Resolution |

|
|
Tindakan Oleh Jabatan Yang Memerlukan Tapak | |
|
Tindakan-
Rancang Projek Dengan Teliti | ||
|
1. |
Lawat tapak dan pastikan tapak cadangan memenuhi keperluan teknikal projek dari segi keluasan dan lokasi. | |
|
2. |
Pastikan bentuk fizikal tapak adalah sesuai – ambil kira keadaan kecuraman bukit,
jenis tanah- | |
|
3. |
Pastikan projek yang dicadangkan sesuai dengan perancangan guna tanah kawasan persekitaran. Dapatkan pandangan JPBD atau Pihak Berkuasa Tempatan. | |
|
4. |
Ambil kira keperluan laluan jalan masuk dan perparitan untuk mengelakkan banjir. Masukan keperluan ini dalam pelan pengambilan tanah, jika perlu. | |
|
5. |
Elakkan dari memohon tanah yang telah terlebih dahulu dipohon oleh Jabatan lain. Semak dengan Pejabat Tanah untuk elakan pertindihan. | |
|
6. |
Dapatkan bantuan Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) untuk membuat anggaran kos pengambilan. | |
|
7. |
Dapatkan kelulusan Jawatankuasa Tindakan Daerah mengenai cadangan permohonan pengambilan tanah. | |
|
8. |
Beri tempoh 1 tahun untuk urusan pengambilan tanah oleh pentadbiran tanah sebelum pelaksanaan fizikal projek. | |
|
|
Buat Permohonan Secara Betul | |
|
APT 1960 melalui Seksyen 3 (1), memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
untuk mengambil mana- | ||
|
1. |
Pastikan keperluan tapak telah muktamad sebelum membuat permohonan di bawah sek. 8 APT 1960. Jika masih belum pasti dan perlu kajian lanjut, pohon pemberitahuan di bawah sek. 4 terlebih dahulu. | |
|
2. |
Kemukakan permohonan dengan mengisi Lampiran A bagi permohonan di bawah seksyen 4 dan Lampiran B bagi permohonan di bawah seksyen 8 mengikut Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Bil. 1/2003. | |
|
3. |
Pastikan dokumen dan bilangan salinan pelan pengambilan yang terkini secukupnya dihantar
bersama permohonan mengikut skala syit piawai Pejabat Tanah, pengesahan peruntukan
dan keperluan Sijil Akuan Segera, dan dokumen- | |
|
4. |
Penyediaan pelan permohonan pengambilan hendaklah disediakan oleh pakar perunding atau Juruukur bertauliah (masukkan kos penyediaan pelan di dalam kos pengambilan). Pastikan pakar perunding atau Juruukur bertauliah yang dilantik itu berunding dengan JKPTG Negeri terlebih dahulu sebelum menyediakan pelan pengambilan tanah. | |
|
5. |
Pastikan pakar perunding atau Juru ukur bertauliah menyemak maklumat tanah di Pejabat Tanah Daerah berkenaan selain dari maklumat dari Jabatan Ukur (JUPEM). | |
|
|
|
|
|
Hadir Siasatan (enquiry) Yang Ditetapkan. | ||
|
Pastikan seorang wakil Jabatan yang mengetahui selok belok projek, hadir semasa siasatan di hadapan Pentadbir Tanah. | ||
|
|
|
|
|
Bayar Pampasan Secepat Mungkin. | ||
|
Pastikan bayaran disediakan dan diserahkan kepada pemilik dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis tawaran pampasan (Borang H) dikeluarkan. Jabatan pemohon akan dikenakan caj bayaran lewat 8% setahun jika melewati tempoh 3 bulan ini. | ||
|
|
|
|