Assalammualaikum
w.b.t dan Salam Sejahtera.
Laman yang telah
dilancarkan ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan
kakitangan seksyen dalam usaha untuk memantapkan penubuhan Seksyen Pasukan
Petugas Khas ini.
Secara amnya, Seksyen ini
ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan masalah tunggakan kerja yang berlaku
di Pejabat Tanah dan Galian negeri.
Laman ini merupakan salah
satu usaha jabatan dalam menyediakan saluran capaian maklumat terkini
berkaitan isu tunggakan kerja di pejabat-pejabat tanah. Di samping itu ia
bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengemukakan cadangan,
aduan dan rungutan melalui mel-elektronik. Besarlah harapan saya agar laman
ini mampu berperanan sebagai penyebar informasi yang efisyen untuk semua
pengguna.
Akhir kata saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan
seksyen yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam
merealisasikan matlamat seksyen sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan
dan perundangan tanah.
DATO' ZOAL AZHA BIN YUSOF
Ketua
Pengarah,
Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian
