Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu
Pemilik Tanah></a></div>
</body></html>
Penyewa
”Pemajak
”Hakmilik
pengguna_etanah
”Permohonan

Capaian Pintas

Undian

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan permohonan pusaka secara atas talian.

Takwim

I S R K J S A
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
 
  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang perlu dibuat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sekiranya permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) didapati mempunyai masalah sejak awal dan tidak dapat diluluskan?

    Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) mengandungi elemen Jadual Petak dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sekiranya pihak PTG mendapati maklumat-maklumat tersebut tidak selari, maka pihak PTG boleh menolak permohonan tersebut.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Pembangunan perumahan diikat dengan Jadual H bagaimanakah dengan pembangunan komersil? bagaimanakah dengan Jadual Petak.

    Permohonan untuk memfailkan Jadual Petak mensyaratkan keperluan nombor Sijil Formula Unit Syer. Jadual Petak digunakan untuk semua pembangunan, oleh yang demikian SiFUS juga digunakan untuk semua pembangunan.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu harta bersama?

    Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Adakah permohonan pecah bahagi bangunan bagi kes bangunan telah dijual dan siap sebelum pindaan dikuatkuasakan akan menggunakan aliran kerja yang baru selepas kuatkuasa Akta?

    Ya, dalam peruntukan peralihan, pengecualian menggunakan aliran kerja yang baru hanya bagi kes yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan.

  • Sistem Pentadbiran TanahSELAMAT ( Secured Land Management System )
    Faq Icon Pemilik tidak dapat hadir ke pejabat tanah, bagaimana penyelesaiannya?

    Gunakan alat pengimbas cap jari dan pembaca MyKad mudahalih untuk mengambil data pemilik tanah dan kemudian muat turun data di Kaunter SELAMAT.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Jika waris bermastautin di luar Malaysia, siapakah yang boleh menyaksikan Surat Persetujuan Pembahagian?

    Penyaksian boleh dilakukan oleh Penyaksi Awam atau Perwakilan Malaysia di  negara berkenaan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Sekiranya simati berugama Islam meninggalkan wasiat, perlukan waris si mati memohon pembahagian harta pusaka si mati?

    Waris perlu memohon pembahagian harta pusaka si mati di Pejabat Tanah/Unit Pembahagian Pusaka di mana harta tak alih terletak walaupun si mati ada meninggalkan wasiat dan nilaian keseluruhan harta simati tersebut di bawah RM2 juta.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang boleh menjadi penjaga?

    Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah. Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa, saudara mara, datuk nenek adalah orang yang biasa dilantik

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir?

    Pemegang Surat Kuasa Tadbir boleh menjual harta yang di tadbir melalui perintah pembahagian yang diberikan oleh Pentadbir Tanah atau Mahkamah.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah harta pusaka orang bukan Islam diwarisi oleh orang Islam?

    Menurut pandangan ulamak Mazhab Syafi'e berpendapat bahawa orang Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka orang yang bukan beragama Islam, begitu juga di sebaliknya di mana orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam. Bagaimana pun pembahagian harta pusaka orang bukan Islam tertakluk kepada Akta Pembahagian ( Pindaan ) 1997 -Akta A1004 dan Akta Wasiat 1959

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu skim strata?

    Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah adat ini?

    Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka tanah adat. Peruntukan -peruntukan tersebut adalah Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) tahun 1960 dan Enakmen Rezab.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah bentuk perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan?

    Perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan fakta, keterangan dan persetujuan ahli waris semasa perbicaraan. Ianya mungkin merupakan penurunan milik langsung kepada waris, pelantikan pentadbir ataupun perintah jualan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Mengapakah Akta Pembahagian 1958 diwujudkan?

    Akta ini digubal bertujuan untuk menjelaskan hak-hak pewarisan si mati yang bukan beragama Islam serta bahagian-bahagian setiap seorang daripada mereka. Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Apakah sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia?

    Sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia ialah Sistem Torrens. Sistem ini berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan sempena nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Di peringkat manakah formula unit syer dapat ditentukan berdasarkan konsep baru aliran kerja pengeluaran hakmilik strata?

    Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas kelulusan pelan bangunan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bagaimanakah duti harta pusaka ditentukan?

    Duti harta pusaka dikira berasakan nilai aset si mati pada tarikh kematiannya, setelah ditolak belanja pengkebumian. Kadarnya adalah berbeza -beza dari tahun ke setahun di antara 1% hingga 4%.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah kuasa-kuasa pentadbir ke atas harta simati yang ditadbirkannya?

    Kuasa-kuasa pentadbir adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2008, yang hanya terhad kepada penjagaan dan pengurusan harta simati sahaja. Walaubagaimanapun, sebenarnya harta tersebut masih lagi dimiliki oleh simati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Permohonan untuk mewujudkan Perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada siapa?

    Perbadanan pengurusan perlu mendapatkan satu resolusi komprehensif sebelum mewujudkan harta bersama terhad dan perbadanan pengurusan subsidiari. Permohonan untuk menubuhkan perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada PTG menggunakan Borang 9 AHS.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal dunia?

    Bapa - 1/6 bahagian

    Ibu    - 1/6 bahagian

    Suami - 1/4 bahagian
    Anak-anak - baki harta, mengikut nisbah anak lelaki kepada anak perempuan (2:1) 

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan, bolehkah perintah pembahagian dikeluarkan?

    Sekiranya seorang waris sahaja yang hadir pada hari perbicaraan, perintah pembahagian hanya boleh dikeluarkan mengikut hukum faraid atau Akta Pembahgian 1958 sahaja.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Siapakah yang mengeluarkan Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari?

    Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan pembahagian pusaka?

    Pemohon dan setiap waris akan dihubungi melalui notis perbicaraan (borang D) yang akan diserahkan secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya serahan tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis perbicaraan boleh dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan penerimaan. Notis perbicaraan juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam seperti masjid, surau, balairaya dan sebagainya dengan tujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada bantahan atau tuntutan.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bolehkah ibu/bapa mewarisi harta pusaka anak?

    Akta Pembahagian 1958 memperuntukan hak ibu/bapa (parents) di mana sekiranya si mati tiada waris lain, bapa akan mendapat 1/2 bahagian dan ibu 1/2 bahagian. Jika ada waris lain, bapa akan mendapat 1/8 dan ibu 1/8 bahagian.

  • Pusaka KecilPermohonan
    Faq Icon Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan di manakah permohonan perlu dibuat?

    Permohonan boleh dibuat di mana-mana daerah harta tak alih simati berada.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain dan ianya boleh diwarisi oleh waris-waris simati.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?

    Pihak peguam boleh menghadiri perbicaraan namun perlu mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah terlebih dahulu.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bolehkah permohonan pecah bahagi bangunan dibuat walaupun hakmilik tanah masih berstatus hakmilik sementara (QT)?

    Pindaan 2013 memperuntukkan permohonan pecah bahagi bangunan hanya boleh dibuat setelah hakmilik tetap (FT) diperolehi.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah perkara-perkara yang perlu diselesaikan oleh waris sebelum harta pusaka si mati dibahagikan?

    Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh waris si mati sebelum harta pusaka dibahagikan. Imam Nawawi dalam kitabnya (Minhaj -El-Tolibin) telah menjelaskan bahawa 3 perkara yang perlu diselesaikan oleh ahli waris ialah:

     a. Belanja pengkebumian

     b. Hutang si mati

     c. Wasiat 

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?

    Merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran, pentadbir boleh dilantik tidak melebihi 4 orang sahaja.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah harta akan dibahagikan sekiranya si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak-anak?

    Pembahagian harta pusaka si mati akan berlaku seperti berikut;

     Bapa          - 1/8 bahagian

     Ibu             - 1/8 bahagian

     Isteri          - 2/8 bahagian
     Anak-anak - 4/8 bahagian

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam layak menerima harta pusaka si mati berkenaan?

    Anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh mewarisi harta si mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Peneroka (simati) ada membuat wasiat yang bertentangan dengan sekatan tanah GSA? Bolehkah wasiat itu dilaksanakan?

    Sebarang wasiat yang tidak selari dengan sekatan-sekatan tanah, tidak dapat dilaksanakan.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Selain daripada Kanun Tanah Negara, adakah terdapat undang-undang lain berkaitan tanah yang digunakan di Malaysia?

    Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah yang utama bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat undang-undang lain yang diguna dalam pengurusan tanah.

    Antaranya ialah:

    Akta Pengambilan Tanah, 1960
    Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960
    Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil, 1955
    Enakmen Rizab Melayu
  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka?

    Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?

    Memandangkan urusan rayuan adalah rumit, maka pemohon digalakkan untuk menggunakan khidmat guaman bagi membantu mereka menguruskan prosedur rayuan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah waris yang berhak mewarisi tanah pusaka adat mengikut Enakmen Pegangan Adat Bab 215?

    Secara umumnya, waris-waris yang berhak adalah yang dan perempuan (female issues) yang sama sukunya dengan pemilik tanah adat itu. Secara khususnya mengikut giliran adalah sebagaimana berikut;

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah penama (nominee) yang beragama Islam berhak sepenuhnya kepada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Insuran si mati?

    Penama yang telah dilantik oleh si mati berhak untuk mengeluarkan wang-wang yang telah dinamakan di atasnya bagi mmpercepatkan proses pengeluaran wang si mati. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penama adalah wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah rasional sekatan kepentingan tanah GSA yang tidak membenarkan tanah dimiliki oleh lebih daripada dua orang pemilik?

    Rasional di atas sekatan kepentingan ini adalah berdasarkan kepada matlamat Akta GSA itu sendiri, iaitu untuk memaksimumkan hasil daripada kegiatan pertanian, yang mana hakmilik tidak boleh dimiliki oleh pemilik yang ramai.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Adakah proses turunmilik tanah pusaka yang telah digadaikan semasa hayat simati boleh dilakukan?

    Memandangkan si mati masih berhutang dengan pihak bank, maka proses pindahmilik kepada waris tidak boleh dilakukan. Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan, dan pentadbir akan diarahkan untuk menyelesaikan baki hutang terlebih dahulu.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah tindakan yang boleh di ambil untuk menyelesaikan pembahagian pusaka sekiranya terdapat waris si mati yang hilang dan tidak dapat di kesan?

    Kehilangan waris berkenaan boleh diiklankan di akhbar-akhbar. Selepas tempoh tertentu perbicaraan boleh diteruskan dan pembahagian akan di buat berdasarkan hukum faraid bagi yang beragama Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama islam. Seterusnya (pentadbir) akan dilantik bagi mentadbirkan bahagian waris tersebut. Sekiranya perintah penjualan dikeluarkan, hasil jualan bahagian waris yang hilang tersebut akan di simpan di Pejabat Amanah Raya berhad.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Perlukah saya membayar cukai pintu setelah membayar management fund?

    Ya. Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas hartanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman, perniagaan dan perindustrian. Kuasa mengutip cukai pintu di peruntukkan di dalam bahagian XV Akta Kerajaan Tempatan (Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang diluluskan oleh Parlimen/Kerajaan Persekutan pada tahun 1976.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Di manakah rayuan boleh dibuat?

    Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di mana permohonan pembahagian harta pusaka dimasukkan dan mestilah dibuat melalui Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan permohonan harta pusaka tersebut.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah Akta Pembahagian 1958 memperuntukan apa-apa bahagian kepada waris yang telah mati terdahulu dari si mati?

    Tiada peruntukan untuk waris yang mati terdahulu dari si mati dan Akta menyatakan hanya waris yang hidup (surviving issues) sahaja yang layak mendapat harta si mati.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri perbicaraan?

    Pemohon dan waris perlu mengemukakan dokumen-dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kematian, hakmilik tanah, sijil saham, buku wang simpanan dan lain-lain dokumen berkaitan harta si mati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah Jadual Petak?

    Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan.
    Jadual petak mengandungi :
    a) Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
    b) Petak, harta bersama dan petak aksesori
    c) Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
    d) Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Tadbir?

    Pemegang Surat Kuasa Tadbir atau biasa juga disebut "Pentadbir" (administrator) ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perbicaraan pembahagian pusaka. Tugas mereka adalah untuk mentadbir harta si mati dengan menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran bagi pihak waris sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya dikeluarkan. Jumlah pentadbir adalah di antara 1 hingga 4 orang.

  • Sistem Pentadbiran Tanahe-Tanah
    Faq Icon Apakah ciri-ciri sistem aplikasi e-Tanah

    Ø  Sistem berasaskan Teknologi Web.
    Ø  Sistem bersepadu dan seragam.
    Ø  Mengambilkira keperluan semua negeri.
    Ø  Integrasi dan adaptasi dengan sistem-sistem sedia ada.
    Ø  Mengambilkira tahap keselamatan.
    Ø  Gabungan konsep sistem berpusat dan teragih (Hybrid System) di antara PTD dan PTG
    Ø  Merupakan sistem pengurusan proses aliran kerja (Workflow System)

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bilakah rayuan boleh dibuat?

    Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah pembahagian dikeluarkan

PAUTAN LUAR
PTG JohorPTG KedahPTG KelantanPTG MelakaPTG TerengganuPTG Negeri SembilanPTG PahangPTG PerakPTG PerlisPTG SarawakPTG Pulau PinangPTG SabahPTG Selangor
NRENAHRIMJPSMINSTUNJMGPerhilitanJTLMJPSFRIMJUPEMJASJBKMyGeo1MalaysiaMAMPUMSC MalaysiaJPMJPAIntanBKMDECMyGovMOFTalentCorp