|
Isnin, 14 September 2009 10:01 |

Fungsi
Sebagai penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah meliputi :
- Permodenan pentadbiran tanah
- Peningkatan kepakaran tenaga kerja pentadbiran tanah
- Pakar runding pentadbiran tanah
- Pengurusan pusaka kecil
- Penguatkuasaan & hasil persekutuan tanah
Objektif
- Memperkasakan modal insan melalui budaya pembelajaran berterusan.
- Menjadi pemangkin dan peneraju inovatif dalam pembaharuan pengurusan tanah.
- Mewujudkan perkongsian pintar antara agensi.
Piagam Pelanggan
Kami kakitangan UPT Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri berjanji seperti berikut :
- Mendaftar permohonan pengambilan tanah yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
- Menyediakan dan Mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima surat pengesahan penandaan atas tanah telah dibuat dan menyerahantar Notis Borang E kepada orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis Awam ditampal (15 notis 1 hari/ 1 Penghantar Notis).
- Mengadakan siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Awam (Borang E).
- Menyediakan Award Pampasan bertulis (Borang G) di hadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
- Menyediakan dan Menghantar Notis Award dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
- Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebih dari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut Mana Yang Berkenaan) dan mengemukakan salinannya kepada Pendaftar Hakmilik untuk Endosan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K.
- Membuat Pembayaran Pampasan kepada Pihak Yang Berkepentingan / Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
- Menunjukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima.
- Mengemukakan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endosan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang mana terkemudian.
Kuala Terengganu (HQ) Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu Unit 27.01-05, Kuala Terengganu Business Centre ( KTBC ) Jalan Sultan Mohamad 21100, Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia No. Tel : 09-6223099 No. Faks : 09-6241791
Dungun Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Unit Pembahagian Pusaka PT 9658, Tingkat 1, Wisma EKH Jalan Haji Zainal Abidin 23000 Dungun Terengganu No. Tel : 09-8481851 No. Faks : 09-8452960
Besut Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Unit Pembahagian Pusaka / Unit Pengambilan Tanah Tingkat 2, Bangunan Persekutuan Kampung Raja 22200 Besut Terengganu No Tel : 09-6956164 (Unit Pembahagian Pusaka) No. Faks : 09-6956122 No. Tel : 09-6950849 (Unit Pengambilan Tanah) No. Faks : 09-6953246
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 14 April 2010 12:40 |