Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu
Pemilik Tanah></a></div>
</body></html>
Penyewa
”Pemajak
”Hakmilik
pengguna_etanah
”Permohonan

Capaian Pintas

Undian

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan permohonan pusaka secara atas talian.

Takwim

I S R K J S A
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bolehkah disyaratkan agar pemaju melantik Jurukur Tanah Berlesen semasa pelan bangunan dikemukakan untuk kelulusan?

    Di dalam Pindaan AHS, Jurukur Tanah Berlesen dan Arkitek hendaklah dilantik sebelum permohonan SiFUS. Walau bagaimanapun sekiranya Jurukur Tanah Berlesen dan Arkitek dilantik lebih awal iaitu semasa pelan bangunan dikemukakan atau disediakan ianya lebih sesuai agar jadual petak yang disediakan adalah selari dengan pelan bangunan.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bilakah tempoh wajib mohon CPSP bagi kes bangunan telah dijual dan siap sebelum pindaan dikuatkuasakan? (sebelum kuatkuasa pemakaian)?

    Dalam tempoh 3 bulan selepas kuatkuasa pindaan.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Bilakah Kanun Tanah Negara dikuatkuasakan?

    Kanun Tanah Negara 1965 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1966 (melalui L.N. 474/1965) di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak menggunakan undang-undang tanahnya sendiri. Penggunaan Kanun Tanah Negara 1965 telah mengakibatkan beberapa undang-undang tanah yang berkuatkuasa sebelum 1 Januari 1966 dimansuhkan. Senarai undang-undang yang terpaksa dimansuhkan terdapat dalam Jadual Ke Sebelas Kanun Tanah Negara.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Mengapakah tanah-tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibahagikan terus kepada waris-waris?

    Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tertakluk kepada Seksyen 16 Akta tersebut yang hanya membenarkan turunmilik dilakukan kepada dua orang waris sahaja.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bolehkah permohonan CPSP dibuat bagi keadaan di mana petak utama telah siap namun petak aksesori yang akan dihubungkait dengan petak utama tersebut masih belum siap? Adakah peringkat G12 (super structure) telah tercapai?

    Peringkat G12 (super structure) hanya akan tercapai bila struktur utama bangunan telah siap. Bagi kes petak aksesori (tempat letak kereta) yang tidak melibatkan pembinaan struktur, permohonan CPSP masih boleh dibuat.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan Peringkat Struktur Utama?

    Mengikut tafsiran Peringkat Struktur Utama bermaksud peringkat di mana penyiapan kerja-kerja bangunan sebagaimana yang diperakui mengikut undang-undang kecil yang berkaitan yang dibuat di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan harta alih?

    Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan pembahagian pusaka?

    Pemohon dan setiap waris akan dihubungi melalui notis perbicaraan (borang D) yang akan diserahkan secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya serahan tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis perbicaraan boleh dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan penerimaan. Notis perbicaraan juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam seperti masjid, surau, balairaya dan sebagainya dengan tujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada bantahan atau tuntutan.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?

    Waris minor boleh menyerahkan bahagian yang diperolehi sekiranya mendapat persetujuan daripada  penjaga dengan syarat pada pandangan Pentadbir Tanah, penyerahan tersebut tidak mendatangkan ketidakadilan kepada waris berkenaan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Adakah proses bagi pindahmilik tanah yang terlibat dengan penamatan GSA seperti tanah-tanah bukan GSA?

    Proses pindahmilik tanah GSA yang terlibat dengan penamatan GSA boleh dilakukan seperti tanah-tanah bukan GSA dengan syarat pemohon mestilah mengesahkan penamatan GSA tersebut kepada Pentadbir Tanah sewaktu perbicaraan. Pengesahan boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) melalui warta kerajaan.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa hak-hak pemilik petak?

    a)  Membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya;
    b)  Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan;
    c)  Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan;
    d)  Hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain;
    e)  Hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah pihak awam turut menghadiri perbicaraan?

    Perbicaraan bersifat terbuka dan boleh dihadiri oleh orang awam.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Di peringkat manakah formula unit syer dapat ditentukan berdasarkan konsep baru aliran kerja pengeluaran hakmilik strata?

    Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas kelulusan pelan bangunan.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?

    Pihak peguam boleh menghadiri perbicaraan namun perlu mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah terlebih dahulu.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Apakah tujuan perbicaraan?

    Tujuan perbicaraan diadakan adalah untuk menentukan perwarisan, pembahagian dan memutuskan tuntutan daripada pihak yang berkepentingan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah hak anak luar nikah terhadap pewarisan harta?

    Anak luar nikah boleh mewarisi harta ibunya tetapi tidak boleh mewarisi harta bapanya.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Siapakah yang mengeluarkan Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari?

    Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak?

    Kadar harta yang boleh diwasiatkan hanyalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya dan 2/3 harta tersebut perlu ditinggalkan kepada ahli waris yang berhak untuk diwarisi.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah rasional sekatan kepentingan tanah GSA yang tidak membenarkan tanah dimiliki oleh lebih daripada dua orang pemilik?

    Rasional di atas sekatan kepentingan ini adalah berdasarkan kepada matlamat Akta GSA itu sendiri, iaitu untuk memaksimumkan hasil daripada kegiatan pertanian, yang mana hakmilik tidak boleh dimiliki oleh pemilik yang ramai.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?

    Merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran, pentadbir boleh dilantik tidak melebihi 4 orang sahaja.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah penurunan pusaka dibuat seandainya terdapat lebih daripada dua orang waris bagi tanah berstatus GSA?

    Jika si mati meninggalkan waris melebihi dua orang, perlantikan pentadbir sahaja yang akan diberikan. Pentadbir akan bertanggungjawab untuk menguruskan harta simati sahaja, dan membuat pembahagian hasil kepada kesemua waris mengikut kadar syer masing-masing.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagi permohonan pembahagian pusaka yang telah lama selesai apakah rayuan masih boleh dilakukan?

    Rayuan masih boleh dikemukakan namun perintah perlanjutan tempoh rayuan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan penjaga (guardian)?

    Penjaga ialah orang yang dilantik bagi pihak waris yang belum dewasa atau hilang upaya untuk bertindak bagi pihak waris tersebut dalam sesuatu perbicaraan yang dijalankan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?

    Sijil Faraid boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui permohonan waris si mati.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan?

    Perbicaraan ialah satu siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah untuk menentukan kedudukan waris bagi sesuatu permohonan. Selain daripada itu, ianya juga untuk memutuskan segala tuntutan yang timbul dan seterusnya mengeluarkan perintah pembahagian.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri perbicaraan?

    Pemohon dan waris perlu mengemukakan dokumen-dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kematian, hakmilik tanah, sijil saham, buku wang simpanan dan lain-lain dokumen berkaitan harta si mati.

  • Sistem Pentadbiran TanahSELAMAT ( Secured Land Management System )
    Faq Icon Pemilik tidak dapat hadir ke pejabat tanah, bagaimana penyelesaiannya?

    Gunakan alat pengimbas cap jari dan pembaca MyKad mudahalih untuk mengambil data pemilik tanah dan kemudian muat turun data di Kaunter SELAMAT.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa larangan terhadap pemilik petak?

    a)  Menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang;
    b)  Mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk;
    c)  Membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;
    d)  Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bilakah rayuan boleh dibuat?

    Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah pembahagian dikeluarkan

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah Ibu dan bapa simati yang mengalami masalah nyanyuk masih dikira sebagai waris simati?

    Walaupun kedua ibu bapa si mati sudah tua dan nyanyuk mereka masih di kira waris yang sah dan layak ke atas pusaka si mati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang pembeli boleh lakukan apabila Pemaju/tuan tanah dah digulungkan tetapi hakmilik strata belum dipohon?

    Pembeli-pembeli boleh menghubungi ‘liquidator’ untuk membuat permohonan pecah bahagi bangunan. Namun, sekiranya ‘liquidator’ tidak mempunyai peruntukkan untuk menanggung kos permohonan, segala kos akan ditanggung oleh para pembeli.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Apakah kebaikan Sistem Torrens?

    Kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut:

    1. Setiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas, dijamin oleh kerajaan. Dokumen hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan yang melibatkan tanah tersebut.
    2. Setiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu.
    3. Hakmilik tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian tidak boleh disangkal.
  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Mengapa perlu adanya hakmilik strata?

    Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka?

    Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain dan ianya boleh diwarisi oleh waris-waris simati.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah cara menebus (Pembelian timbal balik) bahagian yang dibuat diperolehi Baitulmal?

    Penebusan dilakukan timbal balik Boleh Pendapatan kena cukai Nilai tebusan dipersetujui Dibuat dan Pembayaran dilakukan pihak Baitulmal Boleh Secara Cadangan umum atau ansuran.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Peneroka asal telah meninggal dunia sebelum dokumen dikeluarkan. Selepas itu, dokumen hakmilik dikeluarkan di atas nama isteri peneroka. Bagaimanakah perkara tersebut berlaku?

    Perkara  ini berlaku kerana waris tidak membuat permohonan pusaka dengan merujuk kepada nombor R.O.H setelah peneroka meninggal dunia. Oleh yang demikian urusan pengeluaran dokumen hakmilik telah ditukar terus kepada nama isteri simati tanpa ada perintah perlantikan pentadbir daripada Pentadbir Tanah.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah kedudukan wasiat seorang Islam?

    Wasiat simati yang beragama Islam  memerlukan pengesahan dan pengesahan wasiat hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah terlebih dahulu dan perintah yang dikeluarkan akan digunapakai dalam menentukan pembahagian pusaka di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008). 

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang perlu dibuat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sekiranya permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) didapati mempunyai masalah sejak awal dan tidak dapat diluluskan?

    Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) mengandungi elemen Jadual Petak dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sekiranya pihak PTG mendapati maklumat-maklumat tersebut tidak selari, maka pihak PTG boleh menolak permohonan tersebut.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu harta bersama?

    Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Berapakah tempoh yang diberikan kepada pemaju / tuan tanah untuk memohon hakmilik strata daripada peringkat penyiapan struktur utama (super structure)?

    a) Tuan tanah/pemaju perlu mengemukakan Pelan Cadangan Strata kepada JUPEM dalam tempoh 3 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) dari tarikh penyiapan peringkat
         super structure.
    b) Tuan tanah/pemaju seterusnya perlu mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri dalam tempoh 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan).

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu Perbadanan Pengurusan?

    Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan kegagalan pemaju / tuan tanah memohon hakmilik strata pada peringkat penyiapan super structure?

    Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri yang berkenaan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Jika kesemua waris bersetuju, bolehkah tapak rumah diturunmilik kepada seseorang, dan tapak pertanian diturunmilik kepada seseorang yang lain?

    Tanah-tanah yang tertakluk kepada Akta GSA adalah berangkaian di antara setiap satu hakmilik. Ia tidak boleh dipajak, digadai, dicagar, dan dipindahmilik melainkan bersekali dengan lot-lot yang berangkai dengannya.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah hak seorang isteri yang diceraikan?

    Seorang isteri yang diceraikan berhak menerima harta sepencarian hasil usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Sekiranya dalam tempoh iddah, bekas suaminya meninggal dunia, isteri yang diceraikan berhak mewarisi 1/8 daripada harta bekas suaminya.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan empat (4) isteri dan beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap isteri dan anak?

    Pembahagian pusaka mengikut faraid bagi kes seperti di atas adalah seperti berikut;

    Setiap isteri - 1/32 bahagian
    Anak           - 31/32 bahagian 

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Kesemua waris tinggal berjauhan dari tempat terletaknya harta pusaka simati, tidak berminat kepada harta pusaka tersebut, dan berhasrat untuk menjual harta. Bolehkah ia dilaksanakan?

    Waris boleh menjual pusaka tersebut walaubagaimanapun Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir terlebih dahulu, dan pentadbir perlu mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk kebenaran menjual harta.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah sistem pewarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem pewarisan mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah pemakaianya?

    Terdapat perbezaan dalam sistem pewarisan tanah adat terutama dari segi waris-waris yang berhak dan bahagian waris-waris tersebut. Walaubagaimanapun, pemakaiannya hanyalah terbatas di bawah Enakmen Pegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 yang mempunyai jumlah keluasan sebanyak 13, 981 hektar.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Jika waris bermastautin di luar Malaysia, siapakah yang boleh menyaksikan Surat Persetujuan Pembahagian?

    Penyaksian boleh dilakukan oleh Penyaksi Awam atau Perwakilan Malaysia di  negara berkenaan.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu petak aksesori?

    Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

PAUTAN LUAR
PTG JohorPTG KedahPTG KelantanPTG MelakaPTG TerengganuPTG Negeri SembilanPTG PahangPTG PerakPTG PerlisPTG SarawakPTG Pulau PinangPTG SabahPTG Selangor
NRENAHRIMJPSMINSTUNJMGPerhilitanJTLMJPSFRIMJUPEMJASJBKMyGeo1MalaysiaMAMPUMSC MalaysiaJPMJPAIntanBKMDECMyGovMOFTalentCorp