|
Seksyen Penguatkuasa & Hasil Persekutuan |
|
|
|
|
Jumaat, 04 September 2009 08:36 |
Latar belakang
Pada peringkat awal seksyen ini dikenali sebagai Bahagian Penguatkuasa, Akta Penanam Padi (mengawal sewa dan menjamin pemegangan) 1967 yang bertempat di Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar sejak dari penubuhannya pada tahun 1967. Pada 3 Februari 1975, bahagian ini telah dipindahkan ke Kementerian Tanah dan Galian (sekarang dikenali sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi). Kesemua pegawai serta kakitangan yang ada telah dipindahkan ke Kementerian tersebut. Perpindahan ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah dibuat pada Februari 1983 dan dijadikan sebagai salah satu seksyen iaitu Seksyen Penguatkuasa Akta Penanam Padi 1967.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 14 April 2010 13:30 |