Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu
Pemilik Tanah></a></div>
</body></html>
Penyewa
”Pemajak
”Hakmilik
pengguna_etanah
”Permohonan

Capaian Pintas

Undian

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan permohonan pusaka secara atas talian.

Takwim

I S R K J S A
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bagaimanakah persetujuan dibuat sekiranya perbicaraan tidak dihadiri oleh semua waris dan bersetuju untuk melantik seorang pentadbir?

    Perlantikan pentadbir boleh dibuat berdasarkan persetujuan waris-waris yang hadir pada hari perbicaraan, setelah Pentadbir Tanah berpuashati dengan kelayakan calon pentadbir tersebut. Tidak ada halangan jika ada di antara waris yang tidak hadir, kerana tiada pemberian turunmilik dibuat. Kuasa-kuasa pentadbir adalah terhad, jadi waris yang tidak hadir tidak perlu risau.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa tanggungjawab utama pemilik petak?

    a)  Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
    b)  Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
    c)  Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
    d)  Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Jika waris bermastautin di luar Malaysia, siapakah yang boleh menyaksikan Surat Persetujuan Pembahagian?

    Penyaksian boleh dilakukan oleh Penyaksi Awam atau Perwakilan Malaysia di  negara berkenaan.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?

    Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah harta pusaka orang bukan Islam diwarisi oleh orang Islam?

    Menurut pandangan ulamak Mazhab Syafi'e berpendapat bahawa orang Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka orang yang bukan beragama Islam, begitu juga di sebaliknya di mana orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam. Bagaimana pun pembahagian harta pusaka orang bukan Islam tertakluk kepada Akta Pembahagian ( Pindaan ) 1997 -Akta A1004 dan Akta Wasiat 1959

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?

    Pihak peguam boleh menghadiri perbicaraan namun perlu mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah terlebih dahulu.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Adakah rayuan lanjutan boleh dikemukakan di Mahkamah Persekutuan sekiranya perayu masih tidak berpuas hati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi?

    Perintah Mahkamah Tinggi adalah muktamad di bawah Akta Harta Pusaka kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008) dan perayu tidak boleh lagi merayu di mana-mana mahkamah lain.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang boleh menjadi penjaga?

    Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah. Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa, saudara mara, datuk nenek adalah orang yang biasa dilantik

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa larangan terhadap pemilik petak?

    a)  Menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang;
    b)  Mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk;
    c)  Membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;
    d)  Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.

  • Sistem Pentadbiran Tanahe-Tanah
    Faq Icon Apakah urusan tanah yang terlibat dalam projek e-Tanah?

    Ø  Pelupusan
    Ø  Pendaftaran
    Ø  Hakmilik Strata
    Ø  Kelulusan / kebenaran Pindahmilik /Gadaian
    Ø  Pembangunan
    Ø  Pengambilan Balik Tanah
    Ø  Pesaka
    Ø  Hasil
     

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka?

    Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu Perbadanan Pengurusan?

    Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam layak menerima harta pusaka si mati berkenaan?

    Anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh mewarisi harta si mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah cara menebus (Pembelian timbal balik) bahagian yang dibuat diperolehi Baitulmal?

    Penebusan dilakukan timbal balik Boleh Pendapatan kena cukai Nilai tebusan dipersetujui Dibuat dan Pembayaran dilakukan pihak Baitulmal Boleh Secara Cadangan umum atau ansuran.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu skim strata?

    Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

  • Pusaka KecilPermohonan
    Faq Icon Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat?

    Permohonan  pembahagian  harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta tidak alih itu berada.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah adat ini?

    Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka tanah adat. Peruntukan -peruntukan tersebut adalah Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) tahun 1960 dan Enakmen Rezab.

  • Sistem Pentadbiran TanahSELAMAT ( Secured Land Management System )
    Faq Icon Pindahmilik yang dilakukan melalui 'blanket approval', bagaimanakah aliran kerjanya?

    Kutipan dokumen bagi 'blanket approval' boleh dibuat dengan sekali sahaja pengesahan cap jari.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan empat (4) isteri dan beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap isteri dan anak?

    Pembahagian pusaka mengikut faraid bagi kes seperti di atas adalah seperti berikut;

    Setiap isteri - 1/32 bahagian
    Anak           - 31/32 bahagian 

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang layak menjadi pentadbir harta?

    Pentadbir boleh dilantik di kalangan waris-waris kadim simati. Selain daripada itu, Amanah Raya Berhad juga boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta simati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Saya membeli sebuah apartment sebelum kuatkuasa pindaan Akta A1450, Adakah saya boleh mendapat hakmilik strata serentak dengan Vacant Possesion?

    Konsep hakmilik strata serentak dengan Vacant Possesion tidak terpakai bagi pembeli yang membeli petak sebelum kuatkuasa pindaan A1450.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah tanah yang dikeluarkan hakmiliknya atas nama isteri si mati seperti kes peneroka meninggal sebelum dokumen hakmilik dikeluarkan di kira sebagai harta pusaka si mati atau isterinya?

    Sepatutnya, harta itu adalah harta peneroka asal. Walaubagaimanapun, setelah dokumen hakmilik didaftarkan kepada nama isteri simati, Pentadbir Tanah perlu merujuk kepada Seksyen 340 Kanun Tanah Negara, yang menyatakan hakmilik yang tidak boleh disangkal kepada pemilik yang tertera namanya itu. Maka demikian, harta itu dikira sebagai harta pusaka isteri simati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Adakah perbadanan pengurusan subsidiari terlibat dengan perbadanan pengurusan induk?

    Perbadanan Pengurusan subsidiari bertanggung jawab kepada perbadanan pengurusan induk.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?

    Memandangkan urusan rayuan adalah rumit, maka pemohon digalakkan untuk menggunakan khidmat guaman bagi membantu mereka menguruskan prosedur rayuan.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bagaimanakah aliran kerja bagi konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan vacant possession (VP) secara serentak?

    a) Konsep baru ini mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi sebelum kelulusan pelan bangunan boleh diberikan:
         i. Pemilik tanah / pemaju telah membuat lantikan juruukur berlesen
         ii. Pemilik tanah / pemaju telah mendepositkan bayaran upah ukur ke Lembaga Juruukur Tanah
         iii. Pemilik tanah / pemaju telah menetapkan formula kiraan unit syer
         iv. Segala isu atau masalah berkaitan tanah telah diselesaikan di peringkat Kebenaran Merancang
    b)  Setelah pengeluaran lesen dan permit jualan, pemilik tanah / pemaju bolehlah menjual serta memulakan pembinaan.
    c)  Dalam tempoh 3 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) selepas Principal Submitting Person (PSP) mengesahkan bahawa projek telah mencapai peringkat super structure,
         tuan tanah/pemaju perlu mengemukakan Pelan Cadangan Strata kepada JUPEM.
    d)  JUPEM seterusnya akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 1 bulan dan sekiranya diperakukan sebagai teratur, JUPEM akan mengeluarkan CPSP kepada
         tuan tanah/pemaju.
    e)  Tuan tanah/pemaju seterusnya diberi tempoh selama 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri.
    f)  PTG Negeri dan JUPEM seterusnya akan memproses permohonan tersebut dan mendaftarkan hakmilik strata ke atas nama tuan tanah/pemaju dalam tempoh 2 bulan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah bentuk wasiat yang dibenarkan dalam Islam?

    Seseorang Islam hanya boleh mewasiatkan harta bendanya kepada orang-orang yang bukan ahli waris yang boleh mempusakai hartanya secara faraid. Sebagai contoh si mati mewasiatkan hartanya kepada anak angkat, anak tidak sah taraf, individu luar yang tiada hubungan waris ataupun badan-badan dan persatua-persatuan yang diluluskan oleh syarak.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Apakah sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia?

    Sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia ialah Sistem Torrens. Sistem ini berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan sempena nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal dunia?

    Bapa - 1/6 bahagian

    Ibu    - 1/6 bahagian

    Suami - 1/4 bahagian
    Anak-anak - baki harta, mengikut nisbah anak lelaki kepada anak perempuan (2:1) 

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak?

    Kadar harta yang boleh diwasiatkan hanyalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya dan 2/3 harta tersebut perlu ditinggalkan kepada ahli waris yang berhak untuk diwarisi.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan sebagai harta tak alih?

    Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah wasiat?

    Wasiat merujuk kepada pemberian harta daripada seseorang yang masih hidup kepada mana-mana orang atau badan dan ianya dilaksanakan hanya setelah pemberi tersebut meninggal dunia. Bagi orang bukan Islam, wasiat tertakluk kepada Akta Wasiat 1958 manakala bagi orang Islam ianya hendaklah selaras dengan beberapa penentuan syarak.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah perbezaan konsep aliran kerja baru pengeluaran hakmilik strata berbanding konsep lama?

    a) Tempoh masa pengeluaran hakmilik strata yang lebih pendek.
    b) Hakmilik strata akan didaftarkan di atas nama pemilik tanah / pemaju serentak dengan penyerahan pemilikan kosong (vacant possession), selaras dengan konsep baru
         pengeluaran hakmilik strata.
    c) Pemilik tanah / pemaju perlu membuat lantikan jurukur berlesen, deposit ukur ke Lembaga Jurukur Tanah dan penentuan formula unit syer ke OSC sebelum kelulusan
         pelan bangunan.
    d) Pemohonan semakan pelan cadangan strata dikemukakan kepada JUPEM lebih awal iaitu selepas peringkat penyiapan super structure berbanding amalan semasa di mana
         permohonan dikemukakan selepas Sijil Layak Menduduki (CFO) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan.
    e) Permohonan hakmilik strata perlulah dengan tanah berstatus hakmilik tetap. Permohonan hakmilik strata di atas tanah berstatus hakmilik sementara tidak lagi dibenarkan.
    f)  Gadaian perlu dilepaskan terlebih dahulu sebelum permohonan diterima.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?

    Sijil Faraid boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui permohonan waris si mati.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Di manakah rayuan boleh dibuat?

    Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di mana permohonan pembahagian harta pusaka dimasukkan dan mestilah dibuat melalui Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan permohonan harta pusaka tersebut.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah harta akan dibahagikan sekiranya si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak-anak?

    Pembahagian harta pusaka si mati akan berlaku seperti berikut;

     Bapa          - 1/8 bahagian

     Ibu             - 1/8 bahagian

     Isteri          - 2/8 bahagian
     Anak-anak - 4/8 bahagian

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu petak aksesori?

    Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pentadbir meninggal dunia?

    Jika berlaku kematian ke atas pentadbir, sila pohon ulangbicara untuk melantik pentadbir yang baru, dan sila kemukakan senarai waris kepada pentadbir asal tersebut, sekiranya pentadbir asal itu adalah waris kepada simati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang perlu dibuat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sekiranya permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) didapati mempunyai masalah sejak awal dan tidak dapat diluluskan?

    Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) mengandungi elemen Jadual Petak dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sekiranya pihak PTG mendapati maklumat-maklumat tersebut tidak selari, maka pihak PTG boleh menolak permohonan tersebut.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan?

    Perbicaraan ialah satu siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah untuk menentukan kedudukan waris bagi sesuatu permohonan. Selain daripada itu, ianya juga untuk memutuskan segala tuntutan yang timbul dan seterusnya mengeluarkan perintah pembahagian.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah kedudukan wasiat seorang Islam?

    Wasiat simati yang beragama Islam  memerlukan pengesahan dan pengesahan wasiat hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah terlebih dahulu dan perintah yang dikeluarkan akan digunapakai dalam menentukan pembahagian pusaka di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008). 

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Jika si mati ialah warganegara dan mati meninggalkan waris bukan warganegara, bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si mati?

    Waris yang bukan warganegara tidak terhalang dari mewarisi harta si mati. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada Peraturan Tanah Negeri yang sedang berkuatkuasa dan pendaftaran untuk mendaftarkan nama waris warga asing hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Sekiranya permohonan diluluskan, sejumlah bayaran pendaftaran mungkin akan dikenakan.

  • Pusaka KecilPermohonan
    Faq Icon Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan di manakah permohonan perlu dibuat?

    Permohonan boleh dibuat di mana-mana daerah harta tak alih simati berada.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bilakah perbadanan pengurusan susidiari boleh ditubuhkan?

    Perbadanan pengurusan susidiari boleh ditubuhkan selepas penubuhan perbadanan pengurusan tertakluk kepada suatu resolusi kompresensif yang dijalankan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan harta alih?

    Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Di peringkat manakah formula unit syer dapat ditentukan berdasarkan konsep baru aliran kerja pengeluaran hakmilik strata?

    Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas kelulusan pelan bangunan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah harta pusaka si mati yang bukan berugama Islam dan meninggalkan wasiat diselesaikan di bawah bidang kuasa pusaka kecil sekiranya nilai keseluruhan harta tersebut kurang atau RM 2 juta?

    Penyelesaian harta pusaka berwasiat bagi bukan Islam adalah terletak di bawah jurisdiksi Mahkamah Tinggi. Oleh yang demikian, sekiranya simati meninggalkan wasiat sama ada mewasiatkan sebahagian atau kesemua hartanya dan nilai hartanya adalah RM2 juta atau kurang ianya tidak ditakrifkan sebagai harta pusaka kecil.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Peneroka asal telah meninggal dunia sebelum dokumen dikeluarkan. Selepas itu, dokumen hakmilik dikeluarkan di atas nama isteri peneroka. Bagaimanakah perkara tersebut berlaku?

    Perkara  ini berlaku kerana waris tidak membuat permohonan pusaka dengan merujuk kepada nombor R.O.H setelah peneroka meninggal dunia. Oleh yang demikian urusan pengeluaran dokumen hakmilik telah ditukar terus kepada nama isteri simati tanpa ada perintah perlantikan pentadbir daripada Pentadbir Tanah.

  • Sistem Pentadbiran TanahSELAMAT ( Secured Land Management System )
    Faq Icon Pemilik berada diluar Negara, perlu buat pengesahan biometrik atau tidak?

    Tidak perlu buat pengesahan pemilik, memadai dengan hanya mengambil biometrik penyerah.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Adakah terdapat batasan kepada kuasa Kanun Tanah Negara?

    Sungguhpun Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah yang utama, namun ianya tidak boleh mengatasi beberapa undang-undang tanah yang lain iaitu:

    - Terengganu Settlement Enactment 1856

    Selain daripada itu peruntukan-peruntukan tidak boleh digunakan jika ianya bercanggah dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang mengenai:

    - Tanah Adat
    - Tanah Rizab Melayu
    - Tanah lombong
    - Tanah kesultanan
    - Tanah wakaf atau Baitulmal
    - Akta Penanaman Padi, 1967
    - Ordinan Penyelesaian Tanah Kelantan, 1955
    - Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
    - Mana-mana undang-undang mengenai pengecualian daripada pembayaran hasil tanah.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir?

    Pemegang Surat Kuasa Tadbir boleh menjual harta yang di tadbir melalui perintah pembahagian yang diberikan oleh Pentadbir Tanah atau Mahkamah.

PAUTAN LUAR
PTG JohorPTG KedahPTG KelantanPTG MelakaPTG TerengganuPTG Negeri SembilanPTG PahangPTG PerakPTG PerlisPTG SarawakPTG Pulau PinangPTG SabahPTG Selangor
NRENAHRIMJPSMINSTUNJMGPerhilitanJTLMJPSFRIMJUPEMJASJBKMyGeo1MalaysiaMAMPUMSC MalaysiaJPMJPAIntanBKMDECMyGovMOFTalentCorp