Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu
Pemilik Tanah></a></div>
</body></html>
Penyewa
”Pemajak
”Hakmilik
pengguna_etanah
”Permohonan

Capaian Pintas

Undian

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan permohonan pusaka secara atas talian.

Takwim

I S R K J S A
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
 
 
 
 
  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Peneroka asal telah meninggal dunia sebelum dokumen dikeluarkan. Selepas itu, dokumen hakmilik dikeluarkan di atas nama isteri peneroka. Bagaimanakah perkara tersebut berlaku?

    Perkara  ini berlaku kerana waris tidak membuat permohonan pusaka dengan merujuk kepada nombor R.O.H setelah peneroka meninggal dunia. Oleh yang demikian urusan pengeluaran dokumen hakmilik telah ditukar terus kepada nama isteri simati tanpa ada perintah perlantikan pentadbir daripada Pentadbir Tanah.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah seorang suami menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka isterinya yang telah meninggal dunia?

    Asas hukumnya adalah sama sebagaimana tuntutan yang dibuat oleh seorang isteri iaitu perlu merujuk ke Mahkamah Syariah dan perintah yang dikeluarkan akan digunapakai dalam urusan pembahagian pusaka selanjutnya.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam layak menerima harta pusaka si mati berkenaan?

    Anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh mewarisi harta si mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain dan ianya boleh diwarisi oleh waris-waris simati.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah Ibu dan bapa simati yang mengalami masalah nyanyuk masih dikira sebagai waris simati?

    Walaupun kedua ibu bapa si mati sudah tua dan nyanyuk mereka masih di kira waris yang sah dan layak ke atas pusaka si mati.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah seorang isteri menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka suaminya yang telah meniggal dunia?

    Seseorang isteri boleh menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka suaminya dan ia hendaklah dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan menyertakan bukti-bukti yang boleh menyokong tuntutan tersebut. Sumbangan isteri dalam perolehan atau pengumpulan harta berkenaan akan diambilkira sebagai asas dalam menentukan jumlah yang layak diperuntukan. Perintah dalam Mahkamah Syariah akan digunapakai dalam pembahagian harta pusaka si mati tersebut.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah ia dibuktikan dengan dokumen lain?

    Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Bersumpah yang disediakan mengikut kehendak Akta Akuan Bersumpah 1960 (Statutory Declarations Act 1960) atau Perintah Anggapan Kematian (Order of Presumption of Death) dari Mahkamah Tinggi sekiranya si mati  telah didapati hilang bagi tempoh yang melebihi 7 tahun.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak perempuan?

    Anak lelaki akan mendapat 2 bahagian, anak perempuan pula mendapat 1 bahagian.

  • Sistem Pentadbiran TanahSELAMAT ( Secured Land Management System )
    Faq Icon Pindahmilik yang dilakukan oleh PA, bagaimanakah aliran kerjanya?

    Tidak perlu buat pengesahan pemilik, memadai dengan hanya mengambil biometrik penyerah.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang perlu dibuat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sekiranya permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) didapati mempunyai masalah sejak awal dan tidak dapat diluluskan?

    Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) mengandungi elemen Jadual Petak dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sekiranya pihak PTG mendapati maklumat-maklumat tersebut tidak selari, maka pihak PTG boleh menolak permohonan tersebut.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir?

    Pemegang Surat Kuasa Tadbir boleh menjual harta yang di tadbir melalui perintah pembahagian yang diberikan oleh Pentadbir Tanah atau Mahkamah.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Mengapa perlu adanya hakmilik strata?

    Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Apa itu Kanun Tanah Negara (KTN) 1965?

    Kanun Tanah Negara (KTN) telah dikanunkan mengikut Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan pada 18 September 1965. Tujuannya adalah untuk mengadakan suatu sistem pemegangan dan urusan tanah yang seragam di semua sebelas negeri di Semenanjung Malaysia.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Perlukah saya membayar cukai pintu setelah membayar management fund?

    Ya. Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas hartanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman, perniagaan dan perindustrian. Kuasa mengutip cukai pintu di peruntukkan di dalam bahagian XV Akta Kerajaan Tempatan (Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) yang diluluskan oleh Parlimen/Kerajaan Persekutan pada tahun 1976.

  • Pusaka KecilPermohonan
    Faq Icon Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris?

    Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan tujuan mengapa permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan dipanjangkan untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya ianya melibatkan pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan pelangkauan negeri.

  • Sistem Pentadbiran Tanahe-Tanah
    Faq Icon Apakah ciri-ciri sistem aplikasi e-Tanah

    Ø  Sistem berasaskan Teknologi Web.
    Ø  Sistem bersepadu dan seragam.
    Ø  Mengambilkira keperluan semua negeri.
    Ø  Integrasi dan adaptasi dengan sistem-sistem sedia ada.
    Ø  Mengambilkira tahap keselamatan.
    Ø  Gabungan konsep sistem berpusat dan teragih (Hybrid System) di antara PTD dan PTG
    Ø  Merupakan sistem pengurusan proses aliran kerja (Workflow System)

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang boleh menjadi penjaga?

    Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah. Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa, saudara mara, datuk nenek adalah orang yang biasa dilantik

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah perbezaan di antara Akta Pengurusan Strata 2013 dengan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 (Akta A1450)

    Akta Hakmilik Strata 1985 merangkumi tatacara permohonan dan pendaftaran hakmilik strata iaitu daripada vacant possesion sehingga perbadanan pengurusan ditubuhkan manakala pengurusan bangunan berstrata diletakan di bawah Akta Pengurusan Strata.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan "faraid"?

    Faraid ialah hukum pewarisan dan pembahagian harta pusaka bagi orang-orang Islam berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah cara menebus (Pembelian timbal balik) bahagian yang dibuat diperolehi Baitulmal?

    Penebusan dilakukan timbal balik Boleh Pendapatan kena cukai Nilai tebusan dipersetujui Dibuat dan Pembayaran dilakukan pihak Baitulmal Boleh Secara Cadangan umum atau ansuran.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Jika kesemua waris bersetuju, bolehkah tapak rumah diturunmilik kepada seseorang, dan tapak pertanian diturunmilik kepada seseorang yang lain?

    Tanah-tanah yang tertakluk kepada Akta GSA adalah berangkaian di antara setiap satu hakmilik. Ia tidak boleh dipajak, digadai, dicagar, dan dipindahmilik melainkan bersekali dengan lot-lot yang berangkai dengannya.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Jika si mati ialah warganegara dan mati meninggalkan waris bukan warganegara, bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si mati?

    Waris yang bukan warganegara tidak terhalang dari mewarisi harta si mati. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada Peraturan Tanah Negeri yang sedang berkuatkuasa dan pendaftaran untuk mendaftarkan nama waris warga asing hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Sekiranya permohonan diluluskan, sejumlah bayaran pendaftaran mungkin akan dikenakan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Sekiranya si mati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum berumahtangga, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka?

    Waris yang berhak adalah;

    Bapa simati - 2/3 bahagian

    Ibu simati    - 1/3 bahagian
    Saudara (lekaki dan perempuan) si mati, walaupun masih hidup namun mereka tidak layak mewarisi harta si mati. 

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah rasional sekatan kepentingan tanah GSA yang tidak membenarkan tanah dimiliki oleh lebih daripada dua orang pemilik?

    Rasional di atas sekatan kepentingan ini adalah berdasarkan kepada matlamat Akta GSA itu sendiri, iaitu untuk memaksimumkan hasil daripada kegiatan pertanian, yang mana hakmilik tidak boleh dimiliki oleh pemilik yang ramai.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?

    Merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran, pentadbir boleh dilantik tidak melebihi 4 orang sahaja.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah penurunan pusaka dibuat seandainya terdapat lebih daripada dua orang waris bagi tanah berstatus GSA?

    Jika si mati meninggalkan waris melebihi dua orang, perlantikan pentadbir sahaja yang akan diberikan. Pentadbir akan bertanggungjawab untuk menguruskan harta simati sahaja, dan membuat pembahagian hasil kepada kesemua waris mengikut kadar syer masing-masing.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu skim strata?

    Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Adakah selepas kuatkuasa pindaan, permohonan pecah bahagi bangunan hendaklah menggunakan Borang 1 yang baru?

    Ya.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah hak seorang isteri yang diceraikan?

    Seorang isteri yang diceraikan berhak menerima harta sepencarian hasil usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Sekiranya dalam tempoh iddah, bekas suaminya meninggal dunia, isteri yang diceraikan berhak mewarisi 1/8 daripada harta bekas suaminya.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?

    Waris minor boleh menyerahkan bahagian yang diperolehi sekiranya mendapat persetujuan daripada  penjaga dengan syarat pada pandangan Pentadbir Tanah, penyerahan tersebut tidak mendatangkan ketidakadilan kepada waris berkenaan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah adat ini?

    Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka tanah adat. Peruntukan -peruntukan tersebut adalah Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) tahun 1960 dan Enakmen Rezab.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Dokumen hakmilik bagi tanah-tanah rancangan dikeluarkan berperingkat. Ada sebahagiannya dikeluarkan terdahulu dan pernah diturunmilik kepada seseorang. Bolehkah dokumen tanah yang diterima kemudian itu diturunmilik kepada seseorang yang lain?

    Dokumen tanah yang diterima kemudian tidak boleh diturunmilik kepada waris lain. Ini adalah disebabdkan hakmilik yang tertinggal itu akan menuruti perintah yang sama dalam perbicaraan terhadap hakmilik yang dibicarakan terdahulu, kerana kesemuanya adalah hakmilik berangkai.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah bentuk wasiat yang dibenarkan dalam Islam?

    Seseorang Islam hanya boleh mewasiatkan harta bendanya kepada orang-orang yang bukan ahli waris yang boleh mempusakai hartanya secara faraid. Sebagai contoh si mati mewasiatkan hartanya kepada anak angkat, anak tidak sah taraf, individu luar yang tiada hubungan waris ataupun badan-badan dan persatua-persatuan yang diluluskan oleh syarak.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Adakah permohonan pecah bahagi bangunan bagi kes bangunan telah dijual dan siap sebelum pindaan dikuatkuasakan akan menggunakan aliran kerja yang baru selepas kuatkuasa Akta?

    Ya, dalam peruntukan peralihan, pengecualian menggunakan aliran kerja yang baru hanya bagi kes yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati?

    Baitulmal akan mewarisi harta simati sekiranya si mati tiada meninggalkan waris yang boleh menerima bahagian secara fardu atau asabah seperti anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sabapa, anak saudara lelaki seibu sebapa si mati dan sebagainya. Dalam keadaan di mana si mati tidak meninggalkan waris seorang pun, kesemua harta si mati akan diwarisi oleh Baitulmal. 

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa tanggungjawab utama pemilik petak?

    a)  Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
    b)  Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
    c)  Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
    d)  Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak?

    Kadar harta yang boleh diwasiatkan hanyalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya dan 2/3 harta tersebut perlu ditinggalkan kepada ahli waris yang berhak untuk diwarisi.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?

    Sijil Faraid boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui permohonan waris si mati.

  • Sistem Pentadbiran Tanahe-Tanah
    Faq Icon Apakah urusan tanah yang terlibat dalam projek e-Tanah?

    Ø  Pelupusan
    Ø  Pendaftaran
    Ø  Hakmilik Strata
    Ø  Kelulusan / kebenaran Pindahmilik /Gadaian
    Ø  Pembangunan
    Ø  Pengambilan Balik Tanah
    Ø  Pesaka
    Ø  Hasil
     

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa hak-hak pemilik petak?

    a)  Membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya;
    b)  Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan;
    c)  Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan;
    d)  Hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain;
    e)  Hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Siapakah yang mengeluarkan Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari?

    Perakuan Perbadanan Pengurusan Subsidiari dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah wasiat?

    Wasiat merujuk kepada pemberian harta daripada seseorang yang masih hidup kepada mana-mana orang atau badan dan ianya dilaksanakan hanya setelah pemberi tersebut meninggal dunia. Bagi orang bukan Islam, wasiat tertakluk kepada Akta Wasiat 1958 manakala bagi orang Islam ianya hendaklah selaras dengan beberapa penentuan syarak.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Selain daripada Kanun Tanah Negara, adakah terdapat undang-undang lain berkaitan tanah yang digunakan di Malaysia?

    Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah yang utama bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat undang-undang lain yang diguna dalam pengurusan tanah.

    Antaranya ialah:

    Akta Pengambilan Tanah, 1960
    Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960
    Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil, 1955
    Enakmen Rizab Melayu
  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka?

    Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil?

    Harta pusaka kecil ialah harta yang terdiri daripada harta tak alih (tanah / rumah) dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM 2 juta dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1949.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?

    Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Permohonan untuk mewujudkan Perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada siapa?

    Perbadanan pengurusan perlu mendapatkan satu resolusi komprehensif sebelum mewujudkan harta bersama terhad dan perbadanan pengurusan subsidiari. Permohonan untuk menubuhkan perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada PTG menggunakan Borang 9 AHS.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL), lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian daripada harta pusaka?

    Lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya akan luput setelah kematian pemilik asal.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Siapakah yang layak menjadi pentadbir harta?

    Pentadbir boleh dilantik di kalangan waris-waris kadim simati. Selain daripada itu, Amanah Raya Berhad juga boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta simati.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Bolehkah " Surat Ikatan Amanah" (Trust Deed) dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati?

    Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati adalah pemegang amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati.

PAUTAN LUAR
PTG JohorPTG KedahPTG KelantanPTG MelakaPTG TerengganuPTG Negeri SembilanPTG PahangPTG PerakPTG PerlisPTG SarawakPTG Pulau PinangPTG SabahPTG Selangor
NRENAHRIMJPSMINSTUNJMGPerhilitanJTLMJPSFRIMJUPEMJASJBKMyGeo1MalaysiaMAMPUMSC MalaysiaJPMJPAIntanBKMDECMyGovMOFTalentCorp