Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu
Pemilik Tanah></a></div>
</body></html>
Penyewa
”Pemajak
”Hakmilik
pengguna_etanah
”Permohonan

Capaian Pintas

Undian

Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan permohonan pusaka secara atas talian.

Takwim

I S R K J S A
 
 
 
 
1
 
2
 
3
 
4
 
5
 
6
 
7
 
8
 
9
 
10
 
11
 
12
 
13
 
14
 
15
 
16
 
17
 
18
 
19
 
20
 
21
 
22
 
23
 
24
 
25
 
26
 
27
 
28
 
29
 
30
 
31
 
  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Bagaimanakah harta pusaka orang yang bukan beragama Islam dibahagikan?

    Pembahagian harta pusaka bagi orang bukan Islam ialah berdasarkan kepada Akta Pembahagian 1958 (Akta 300). Walaubagaimanapun pembahagian secara muafakat dibenarkan sekiranya mendapat persetujuan semua waris.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Mengapakah tanah-tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibahagikan terus kepada waris-waris?

    Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tertakluk kepada Seksyen 16 Akta tersebut yang hanya membenarkan turunmilik dilakukan kepada dua orang waris sahaja.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa itu petak aksesori?

    Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang perlu dibuat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sekiranya permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) didapati mempunyai masalah sejak awal dan tidak dapat diluluskan?

    Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) mengandungi elemen Jadual Petak dan Pelan Bangunan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sekiranya pihak PTG mendapati maklumat-maklumat tersebut tidak selari, maka pihak PTG boleh menolak permohonan tersebut.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah penama (nominee) yang beragama Islam berhak sepenuhnya kepada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Insuran si mati?

    Penama yang telah dilantik oleh si mati berhak untuk mengeluarkan wang-wang yang telah dinamakan di atasnya bagi mmpercepatkan proses pengeluaran wang si mati. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penama adalah wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah seorang suami menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka isterinya yang telah meninggal dunia?

    Asas hukumnya adalah sama sebagaimana tuntutan yang dibuat oleh seorang isteri iaitu perlu merujuk ke Mahkamah Syariah dan perintah yang dikeluarkan akan digunapakai dalam urusan pembahagian pusaka selanjutnya.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Permohonan untuk mewujudkan Perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada siapa?

    Perbadanan pengurusan perlu mendapatkan satu resolusi komprehensif sebelum mewujudkan harta bersama terhad dan perbadanan pengurusan subsidiari. Permohonan untuk menubuhkan perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada PTG menggunakan Borang 9 AHS.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Adakah proses bagi pindahmilik tanah yang terlibat dengan penamatan GSA seperti tanah-tanah bukan GSA?

    Proses pindahmilik tanah GSA yang terlibat dengan penamatan GSA boleh dilakukan seperti tanah-tanah bukan GSA dengan syarat pemohon mestilah mengesahkan penamatan GSA tersebut kepada Pentadbir Tanah sewaktu perbicaraan. Pengesahan boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) melalui warta kerajaan.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Adakah selepas kuatkuasa pindaan, permohonan pecah bahagi bangunan hendaklah menggunakan Borang 1 yang baru?

    Ya.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Perlukah waris kanak-kanak (belum dewasa) hadir perbicaraan?

    Waris kanak-kanak (bawah 18 tahun) tidak perlu hadir kerana penjaga (guardian) telah dilantik mewakili diri mereka.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan, bolehkah perintah pembahagian dikeluarkan?

    Sekiranya seorang waris sahaja yang hadir pada hari perbicaraan, perintah pembahagian hanya boleh dikeluarkan mengikut hukum faraid atau Akta Pembahgian 1958 sahaja.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah Akta Pembahagian 1958 memperuntukan apa-apa bahagian kepada waris yang telah mati terdahulu dari si mati?

    Tiada peruntukan untuk waris yang mati terdahulu dari si mati dan Akta menyatakan hanya waris yang hidup (surviving issues) sahaja yang layak mendapat harta si mati.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan Peringkat Struktur Utama?

    Mengikut tafsiran Peringkat Struktur Utama bermaksud peringkat di mana penyiapan kerja-kerja bangunan sebagaimana yang diperakui mengikut undang-undang kecil yang berkaitan yang dibuat di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah seorang Pentadbir (Administrator) yang dilantik oleh Pentadbir Tanah mempunyai kuasa menjual harta yang ditadbirkannya?

    Pentadbir yang dilantik boleh menjual tanah yang ditadbirnya dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pentadbir Tanah atau Mahkamah Tinggi.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Saya membeli sebuah apartment sebelum kuatkuasa pindaan Akta A1450, Adakah saya boleh mendapat hakmilik strata serentak dengan Vacant Possesion?

    Konsep hakmilik strata serentak dengan Vacant Possesion tidak terpakai bagi pembeli yang membeli petak sebelum kuatkuasa pindaan A1450.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa larangan terhadap pemilik petak?

    a)  Menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang;
    b)  Mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk;
    c)  Membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;
    d)  Memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak perempuan?

    Anak lelaki akan mendapat 2 bahagian, anak perempuan pula mendapat 1 bahagian.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?

    Waris minor boleh menyerahkan bahagian yang diperolehi sekiranya mendapat persetujuan daripada  penjaga dengan syarat pada pandangan Pentadbir Tanah, penyerahan tersebut tidak mendatangkan ketidakadilan kepada waris berkenaan.

  • Sistem Pentadbiran TanahSELAMAT ( Secured Land Management System )
    Faq Icon Pindahmilik yang dilakukan melalui 'blanket approval', bagaimanakah aliran kerjanya?

    Kutipan dokumen bagi 'blanket approval' boleh dibuat dengan sekali sahaja pengesahan cap jari.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan harta alih?

    Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Apa tanggungjawab utama pemilik petak?

    a)  Membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
    b)  Mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
    c)  Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
    d)  Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

  • Hakmilik StrataAm
    Faq Icon Mengapa perlu adanya hakmilik strata?

    Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah adat ini?

    Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka tanah adat. Peruntukan -peruntukan tersebut adalah Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) tahun 1960 dan Enakmen Rezab.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Si mati belum berkahwin dan meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa sebagai waris. Bagaimanakah harta si mati dibahagikan?

    Harta si mati akan dibahagikan seperti berikut;

    Saudara perempuan - 1/2 bahagian

    Baitulmal - 1/2 bahagian

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Jika si mati ialah warganegara dan mati meninggalkan waris bukan warganegara, bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si mati?

    Waris yang bukan warganegara tidak terhalang dari mewarisi harta si mati. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada Peraturan Tanah Negeri yang sedang berkuatkuasa dan pendaftaran untuk mendaftarkan nama waris warga asing hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Sekiranya permohonan diluluskan, sejumlah bayaran pendaftaran mungkin akan dikenakan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah sistem pewarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem pewarisan mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah pemakaianya?

    Terdapat perbezaan dalam sistem pewarisan tanah adat terutama dari segi waris-waris yang berhak dan bahagian waris-waris tersebut. Walaubagaimanapun, pemakaiannya hanyalah terbatas di bawah Enakmen Pegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 yang mempunyai jumlah keluasan sebanyak 13, 981 hektar.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam layak menerima harta pusaka si mati berkenaan?

    Anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh mewarisi harta si mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Bagi isu pembinaan blok-blok pada tahap yang berbeza, bilakah permohonan sijil cadangan pelan strata perlu dikemukakan sekiranya ada di antara blok telah mencapai perakuan struktur utama?

    Permohonan sijil cadangan pelan strata boleh dikemukakan setelah semua blok mencapai peringkat struktur utama dengan syarat perbezaan di antara bangunan adalah tidak ketara (dalam tempoh 3 bulan kesemua blok mencapai peringkat struktur utama).

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Adakah proses turunmilik tanah pusaka yang telah digadaikan semasa hayat simati boleh dilakukan?

    Memandangkan si mati masih berhutang dengan pihak bank, maka proses pindahmilik kepada waris tidak boleh dilakukan. Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan, dan pentadbir akan diarahkan untuk menyelesaikan baki hutang terlebih dahulu.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?

    Memandangkan urusan rayuan adalah rumit, maka pemohon digalakkan untuk menggunakan khidmat guaman bagi membantu mereka menguruskan prosedur rayuan.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan pembahagian pusaka?

    Pemohon dan setiap waris akan dihubungi melalui notis perbicaraan (borang D) yang akan diserahkan secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya serahan tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis perbicaraan boleh dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan penerimaan. Notis perbicaraan juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam seperti masjid, surau, balairaya dan sebagainya dengan tujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada bantahan atau tuntutan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Kesemua waris tinggal berjauhan dari tempat terletaknya harta pusaka simati, tidak berminat kepada harta pusaka tersebut, dan berhasrat untuk menjual harta. Bolehkah ia dilaksanakan?

    Waris boleh menjual pusaka tersebut walaubagaimanapun Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir terlebih dahulu, dan pentadbir perlu mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk kebenaran menjual harta.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan?

    Perbicaraan ialah satu siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah untuk menentukan kedudukan waris bagi sesuatu permohonan. Selain daripada itu, ianya juga untuk memutuskan segala tuntutan yang timbul dan seterusnya mengeluarkan perintah pembahagian.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Berapakah bayaran perintah yang dikenakan jika perbicaraan pembahagian harta pusaka si mati telah selesai dijalankan?

    Bayaran perintah yang dikenakan adalah berdasarkan nilaian harta simati. Jika nilaian harta simati RM1.00 hingga RM1,000, bayaran perintah adalah RM10. JIka nilaian RM1,001 hingga RM50,000, bayaran perintah adalah RM30 manakala jika nilaian keseluruhan harta si mati adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintah adalah 0.2% dari nilaian harta.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Apakah Jadual Petak?

    Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan.
    Jadual petak mengandungi :
    a) Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
    b) Petak, harta bersama dan petak aksesori
    c) Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
    d) Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Peneroka (simati) ada membuat wasiat yang bertentangan dengan sekatan tanah GSA? Bolehkah wasiat itu dilaksanakan?

    Sebarang wasiat yang tidak selari dengan sekatan-sekatan tanah, tidak dapat dilaksanakan.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Bolehkah plot-plot bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata diturunmilik kepada waris?

    Plot-plot bangunan yang masih belum diturunkan hakmilikstrata boleh diturunmilik kepada waris tetapi perintah pembahagian hanyalah terhad kepada pengeluaran "Surat Kuasa Tadbir" kepada ahli waris tertentu sahaja yang kemudiannya akan membuat permohonan kemudian setelah hakmilik strata dikeluarkan. Ketika itu barulah pembahagian sebenar kepada waris-waris dapat dilaksanakan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan dengan "faraid"?

    Faraid ialah hukum pewarisan dan pembahagian harta pusaka bagi orang-orang Islam berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Tindakan penguatkuasaan yang dikenakan sekiranya lewat atau tidak mengemukakan permohonan hakmilik strata ke PTG

    Ya, Pihak pemaju / tuan tanah masih boleh dikenakan tindakan jika gagal mengemukakan permohonan hakmilik strata ke PTG.

  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Adakah konsep harta sepencarian turut digunapakai dalam pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam?

    Konsep harta sepencarian tidak berlaku dalam pembahagian pusaka&nbsp bukan Islam namun, wujud konsep matrimonial asset di kalangan bukan Islam di mana harta akan dibahagikan di antara suami dan isteri sebaik sahaja perkahwinan mereka dibubarkan tetapi tidak selepas kematian suami atau isteri tersebut.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?

    Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan kegagalan pemaju / tuan tanah memohon hakmilik strata pada peringkat penyiapan super structure?

    Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri yang berkenaan.

  • Pusaka KecilPerintah Pembahagian
    Faq Icon Apakah tanggungjawab penjaga?

    Penjaga bertanggungjawab ke atas semua kepentingan waris yang belum dewasa atau hilang upaya dan di beri kuasa di bawah undang-undang untuk menentukan pembahgian kepada orang yang dijagai.

  • Pusaka KecilPermohonan
    Faq Icon Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat?

    Permohonan  pembahagian  harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta tidak alih itu berada.

  • Hakmilik StrataPindaan Akta A1450
    Faq Icon Adakah permohonan pecah bahagi bangunan bagi kes bangunan telah dijual dan siap sebelum pindaan dikuatkuasakan akan menggunakan aliran kerja yang baru selepas kuatkuasa Akta?

    Ya, dalam peruntukan peralihan, pengecualian menggunakan aliran kerja yang baru hanya bagi kes yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan.

  • Pusaka KecilDefinisi
    Faq Icon Apakah yang dimaksudkan sebagai harta tak alih?

    Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.

  • Pengurusan Tanah
    Faq Icon Apakah kebaikan Sistem Torrens?

    Kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut:

    1. Setiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas, dijamin oleh kerajaan. Dokumen hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan yang melibatkan tanah tersebut.
    2. Setiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu.
    3. Hakmilik tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian tidak boleh disangkal.
  • Pusaka KecilAm
    Faq Icon Apakah tindakan yang boleh di ambil untuk menyelesaikan pembahagian pusaka sekiranya terdapat waris si mati yang hilang dan tidak dapat di kesan?

    Kehilangan waris berkenaan boleh diiklankan di akhbar-akhbar. Selepas tempoh tertentu perbicaraan boleh diteruskan dan pembahagian akan di buat berdasarkan hukum faraid bagi yang beragama Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama islam. Seterusnya (pentadbir) akan dilantik bagi mentadbirkan bahagian waris tersebut. Sekiranya perintah penjualan dikeluarkan, hasil jualan bahagian waris yang hilang tersebut akan di simpan di Pejabat Amanah Raya berhad.

  • Pusaka KecilPerbicaraan
    Faq Icon Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?

    Pihak peguam boleh menghadiri perbicaraan namun perlu mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah terlebih dahulu.

PAUTAN LUAR
PTG JohorPTG KedahPTG KelantanPTG MelakaPTG TerengganuPTG Negeri SembilanPTG PahangPTG PerakPTG PerlisPTG SarawakPTG Pulau PinangPTG SabahPTG Selangor
NRENAHRIMJPSMINSTUNJMGPerhilitanJTLMJPSFRIMJUPEMJASJBKMyGeo1MalaysiaMAMPUMSC MalaysiaJPMJPAIntanBKMDECMyGovMOFTalentCorp