W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Latar 1 Latar 2 Latar 3 Latar 4 Latar 5 Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Dasar / Undang-Undang Panduan SOP Lesen Pasir

Lesen Pasir

Lesen Pasir

 

Permohonan Lesen Mendapatkan Pasir Dasar Laut Di bawah Akta Pelantar Benua 1966 (Disemak 1972)

 

1.Peringkat Permohonan

Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang Jadual Pertama, Akta Pelantar Benua, 1966 (Disemak 1972) berserta dengan bayaran fee permohonan sebanyak RM1,000.00 melalui cek/bank draft/wang pos/ kiriman wang pos atas nama 'Pesuruhjaya Tanah Persekutuan'.

Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada ;

 

Y.B Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Aras 17, Blok Menara

No.25, Persiaran Perdana

Wisma Sumber Asli, Presint 4

62574 PUTRAJAYA

 

dan disalinkan kepada ;

Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Aras 17, Blok Menara

No. 25, Persiaran Perdana

Wisma Sumber Asli, Presint 4

62574 PUTRAJAYA

 

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Aras 2, Blok Menara

No. 25, Persiaran Perdana

Wisma Sumber Asli, Presint 4

62574 PUTRAJAYA

 

(Berserta dengan bayaran fee permohonan berjumlah RM1,000.00 dalam bentuk cek/bank draf/wang pos/kiriman wang pos atas nama 'Pesuruhjaya Tanah Persekutuan').

Ketua Pengarah

Jabatan Mineral dan Geosains

Tingkat 19, Bangunan Tabung Haji

Jalan Tun Razak

50730 KUALA LUMPUR


Lampiran Proses Permohonan Pasir

Dokumen-Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Semasa Memohon:

  • Borang Jadual Pertama yang lengkap diisi;
  • Pelan kawasan yang dipohon serta koordinatnya yang disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;
  • Memorandum ; Articles of Association;
  • Borang 24 dan Borang 49, Akta Syarikat 1965;
  • Surat tawaran membekal pasir atau memorandum persefahaman atau dokumen perjanjian dengan syarikat yang akan membeli atau menggunakan pasir (jika ada).

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau kawasan yang dipohon bertindih dengan kawasan yang telah diluluskan lesen.

 

2. Peringkat Kelulusan Dasar

Dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh kelulusan dasar, pemohon dikehendaki :

  • Menjalankan Kajian Kesan Terhadap Alam Sekitar (Kajian EIA) dan mendapatkan kelulusan kajian daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar.
  • Menjalankan kerja-kerja pengukuran hidrografi (pre dredge survey) dan mendapatkan kelulusan daripada Cawangan Hidrografi, Tentera Laut Diraja Malaysia.
  • Mengemukakan satu (1) salinan dokumen perjanjian pembekalan pasir laut di antara pemohon dan pembeli (jika belum dikemukakan).

 

3. Peringkat Pengeluaran Lesen

Setelah keperluan perkara-perkara di para 2 dilaksanakan, pemohon perlu menjelaskan bayaran-bayaran berikut untuk tujuan pengeluaran lesen:

  • Bayaran Fee Lesen pada kadar RM1,000.00 bagi setiap 2.59 km persegi kawasan yang diluluskan atau sebahagian daripadanya dalam bentuk cek/bank draf atas nama 'Pesuruhjaya Tanah Persekutuan'.
  • Bayaran wang cagaran sebagai pematuhan syarat-syarat lesen berjumlah RM100,000.00 dalam bentuk cek/bank draf atas nama 'Pesuruhjaya Tanah Persekutuan'.
  • Bayaran cagaran Wang Amanah Kebajikan Nelayan bernilai RM100,000.00 ke dalam 'Akaun Amanah' atas nama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia;
  • Bayaran pendahuluan royalti bersamaan 30% daripada nilai keseluruhan royalti yang patut dibayar berdasarkan jumlah keseluruhan isipadu pasir yang akan dibekalkan oleh pemohon kepada pembeli seperti yang termaktub di dalam perjanjian di antara pemohon dan pembeli.
  • (Royalti yang ditetapkan pada kadar 70 sen bagi setiap 1 meter padu pasir yang dikeluarkan).Bayaran dalam bentuk cek/bank draf atas nama 'Pesuruhjaya Tanah Persekutuan'.

Kemaskini Terakhir :

Text Size