Organisasi
JKPTG Sabah
Latar Belakang JKPTG Sabah
Pada 1 Jun 1997 seorang Penolong Pegawai Tadbir N6 telah di tempatkan di Unit Harta Tanah Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sabah dan berpejabat di Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Tingkat 6, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun jumlah kakitangan untuk jawatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17 telah bertambah 1 orang pada 10 Januari 2003. Pada 12 November 2003, JKPTG Sabah telah diperuntukan ruang pejabat dengan keluasan 768 kaki persegi di Tingkat 2, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu.Pada 15 Mac 2005, jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 dan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3 telah diisi. Pada masa itu, jumlah kakitangan JKPTG Sabah cuma 4 orang sahaja. Pada 31 Julai 2005 jawatan Pengarah Gred M48 telah diisi dan sehingga kini JKPTG Sabah mempunyai seramai 8 orang kakitangan.
Objektif Jabatan
1.Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan tanah supaya cekap dan bermutu di seluruh Negara selaras dengan dasar pembangunan Negara.
2.Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelarasan, Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan.
3.Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti.
Objektif Unit
1.Mewujudkan maklumat dan pengurusan Harta Tanah Persekutuan yang kemaskini dan berkesan.
Fungsi
1.Fungsi Utama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Sabah adalah:
2. Sabah dibahagi kepada 25 daerah pentadbiran dengan keluasan 73,619 km persegi. Berdasarkan kepada maklumat tanah dalam Sistem Maklumat Tanah Bersepadu terdapat 926 kes permohonan dan 1074 lot yang telah diluluskan yang mana 670 daripada lot tersebut telah dikeluarkan hakmilik selebihnya masih dalam bentuk geran deraf walaupun permohonan telah lama diluluskan. Ini adalah kerana geran deraf tersebut tidak dapat dikesan atau premium belum dibayar yang mengakibatkan geran deraf tidak dapat didaftar untuk menjadikannya geran asal atau hakmilik.
3. Masih banyak lagi tanah yang diduduki oleh agensi Persekutuan yang memerlukan tindakan permohonan dan terdapat laporan mengenai tanah-tanah Persekutuan yang telah dicerobohi yang perlu dilawati dan diambil tindakan. Keluasan Negeri Sabah dan Kemudahan perhubungan jalanraya untuk ke tapak yang terlibat tidak baik dan jauh menjadikan tugas penguatkuasaan begitu sukar.
Piagam Pelanggan
Dalam memberikan perkhidmatan terbaik, JKPTG telah menetapkan 3 piagam seperti berikut:
Kota Kinabalu(HQ)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Sabah
Tingkat 2, Rumah Persekutuan WDT 3408
88903 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
No. Tel : 088-211122
No. Faks : 088-210311
Kemaskini Terakhir :
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA, Malaysia
Tel: 03-8871 2600 / 03-8886 1111
Faks: 03-8881 0796 / 03-8890 1237
Emel: webmaster@kptg.gov.my
Penafian
| Dasar Privasi
| Dasar Keselamatan
| Panduan Pengguna 
|
|







![]() | Hari Ini | 3926 |
![]() | Semalam | 16753 |
![]() | Seminggu | 20679 |
![]() | Bulan Ini | 425501 |















