Organisasi
JKPTG Sarawak
Latar Belakang JKPTG Sarawak

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Sarawak pula telah ditubuhkan pada tahun 2000 berfungsi sebagai cawangan kepada Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) dengan dikenali sebagai Unit Tanah Persekutuan Sarawak pada 1 Oktober 2000. Ianya kemudian ditutup pada Jun 2003 hingga 15 Mac 2004 akibat ketiadaan pegawai yang bertukar agensi. Jabatan ini kemudiannya beroperasi semula secara rasminya bermula pada 16 Mac 2004 sehingga ke hari ini. Mulai 1 Mac 2006, pejabat JKPTG Sarawak secara rasminya berpindah keluar daripada Wisma Bapa Malaysia dan telah menyewa secara persendirian di Samajaya Commercial Centre yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching, sehingga ke hari ini.
Objektif Jabatan
1.Mewujudkan Pemantauan dan Penyelarasan Tanah Persekutuan Yang Cekap Dan Bermutu Selaras Dengan Hasrat Pembangunan Negeri Dan Negara.
2.Meningkatkan Pemantauan Dan Penyelanggaraan Harta Tanah Persekutuan Agar Dapat Menyumbang Secara Maksima Kepada Pembangunan Negeri Dan Negara.
Fungsi
1.Menyelaras dan mematau kemajuan urusan permohonan tanah bagi projek Persekutuan di Sarawak.
2.Menyelaras dan memantau kemajuan urusan pembayaran pampasan /premium tanah untuk projek Persekutuan.
3.Menyelaras dan memantau kemajuan urusan pemberian milik tanah kepada PTP.
4.Mewujudkan pusat rekod (Bank Tanah) bagi Tanah Kerajaan Negeri yang tertaluk kepada Seksyen 75 Akta Malaysia, Tanah Milik dan Tanah Rizab kegunaan Persekutuan di Sarawak.
5.Menyelaras dan memantau urusan pembayaran cukai tanah tahunan milik PTP serta membuat semakan cukai tanah dari masa ke semasa di Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian.
6.Menyelaras dan memantau urusan penyerahan tanah milik/rizab kegunaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
7.Memberi khidmat nasihat dan panduan bagi urusan tanah selaku perantara di antara PTP, Jabatan Penguna dan Jabatan Tanah Dan Survei.
8.Menghadiri mensuarat-mesyuarat berkaitan dengan urusan Tanah Persekutuan.
Piagam Pelanggan
1.Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah supaya cekap dan bermutu di Seluruh Negara dengan Dasar Pembangunan Negara.
2.Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyrlesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan.
3.Menggerak dan Memimpin Usaha-usaha Pembaharuan dan Pentadbiran Tanah supaya dapat menyampaikan Perkhidmatan yang Cekap, Produktif dan Berkualiti.
Kuching(HQ)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Sarawak
Aras 1, Sublot 1
Samajaya Commercial Centre
Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya
93350 Kuching
Sarawak, Malaysia
No. Tel : 082-365404
No. Faks : 082-367404
Kemaskini Terakhir :
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA, Malaysia
Tel: 03-8871 2600 / 03-8886 1111
Faks: 03-8881 0796 / 03-8890 1237
Emel: webmaster@kptg.gov.my
Penafian
| Dasar Privasi
| Dasar Keselamatan
| Panduan Pengguna 
|
|







![]() | Hari Ini | 3936 |
![]() | Semalam | 16753 |
![]() | Seminggu | 20689 |
![]() | Bulan Ini | 425511 |















