W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Profil Organisasi Seksyen Kajian Penyelidikan & Pembangunan

Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan

Profil Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan

 

Fungsi

  1. Bertanggungjawab ke atas Kanun Tanah Negara termasuk cadangan pindaan khususnya bagi perkara-perkara di dalam division v dan division vi.
  2. Bertanggungjawab dalam urusan pindaan ke atas Enakmen Rizab Melayu, Akta Pelantar Benua.
  3. Menyedia dan menyelaras maklum balas mesyuarat Jemaah Menteri, Majlis Tanah Negara, Pengarah Tanah Malaysia.
  4. Urus setia mesyuarat teknikal pindaan Kanun Tanah Negara, Enakmen Rizab Melayu dan Akta Pelantar Benua.
  5. Menyelaras, menyemak, mengemaskini dan menyediakan pekeliling KPTG dan pekeliling kemajuan pengurusan yang berkaitan.
  6. Memberikan khidmat nasihat perundangan dan pentadbiran tanah kepada negeri-negeri yang dipertanggungjawabkan.
  7. Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu dan masalah yang membabitkan perundangan dan pengurusan.
  8. Menyedia dan menyelaras jawapan kepada soalan-soalan Parlimen yang berkaitan.
  9. Menyelaras dan menjalankan audit pengurusan di pejabat-pejabat tanah bagi negeri Kelantan, Perak dan Melaka.
  10. Mengendalikan urusan lawatan dan taklimat kepada pelawat yang diterima oleh jabatan.
  11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh KPTG / TKPTG.


Objektif

1. Umum

  • Mewujudkan pengurusan tanah yang moden di peringkat persekutuan dan negeri melalui perundangan dan sistem pengurusan yang terkini.

2. Operasi

  • Membantu mewujudkan sistem pengurusan tanah yang moden, cekap dan berkesan di peringkat negeri dan daerah.
  • Mengkaji undang-undang tanah dan undang-undang yang berkaitan bagi tujuan penyelidikan ke atas dasar-dasar pembangunan dan undang-undang tanah dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu semasa dalam pengurusan tanah dan seterusnya membuat perakuan-perakuan bagi menyelesaikan (meminda dan menggubal undang-undang).
  • Meninggikan mutu pengurusan pejabat tanah ke taraf profesional.


Piagam Pelanggan

Memberi perkhidmatan yang terbaik, cepat dan tepat sepanjang masa.

 

 

Seksyen Kajian Penyelidikan & Pembangunan

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)

Aras 4, Menara 4G3

Wisma Sumber Asli

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4

62574 PUTRAJAYA

Malaysia

 

Kemaskini Terakhir :

Text Size