Organisasi
Seksyen Komputer Pentadbiran Tanah
Profil Seksyen Komputer Pentadbiran Tanah
Fungsi
Objektif
Untuk memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah dan menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikan keselamatannya dan meningkatkan kemudahan mengesan dan memperolehi maklumat tanah.
SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER
Pada tahun 1980, kabinet telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah , manakala Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah ditugaskan sebagai penyelaras Pelaksanaan Sistem Maklumat Tanah dengan melantik pakar runding The Central Board For Real Estate Data (CFD) dari Sweden. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah diberi tanggungjawab dalam projek ICT yang melibatkan pentadbiran tanah di peringkat negeri.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)adalah suatu sistem yang telah dibangunkan pada tahun 1990 oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) dengan kerjasama Kerajaan Sweden. Projek SPTB telah bermula pada 1989 dan sebagai langkah utama projek perintis telah dimulakan. Pasukan Projek SPTB telah mengambil beberapa tindakan sebelum pelaksanaan projek perintis. Antara tindakan yang diambil adalah pindaan KTN iaitu penambahan Jadual ke-14 ,serta perolehan perkakasan dan perisian serta persediaan tapak. Projek Perintis (pilot) ini telah dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pelaksanaan Sistem SPTB telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Pelaksanaan SPTB Fasa 1 telah bermula pada tahun 1996-1998 dan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur. Manakala pelaksanaan Fasa 2 telah bermula pada permulaan tahun 2001 dan telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelantan. Kemudian aplikasi yang digunakan negeri-negeri Fasa 1 dipertingkatkan kepada aplikasi seperti di negeri-negeri Fasa 2 bagi memastikan keseragaman dan memudahkan untuk penyelanggaraan. Pelaksanaan naiktaraf SPTB Fasa 1 telah bermula pada tahun 2002.
Objektif penubuhan sistem SPTB ialah memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah dan menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikan keselamatan di samping memudahkan pengesanan maklumat tanah. Sistem ini melibatkan proses kerja secara manual dan berkomputer. Penambahbaikan dan naik taraf sistem akan dilaksanakan dari masa ke masa bagi memenuhi kehendak pengguna. Isu mengekalkan keselamatan sistem akan diambil kira dan memastikan semuanya mematuhi kehendak KTN. Pasukan Projek SPTB akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penambahbaikan terhadap sistem mengikut permintaan negeri serta mengatasi isu pencerobohan sistem, pemalsuan title dan sebagainya. Bukan itu sahaja, penambahbaikan terhadap sistem dapat memastikan sistem berfungsi efektif dan data adalah terselamat.
Sekyen Komputer Pentadbiran Tanah
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
Aras 3, Menara 4G3
Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
Malaysia
Kemaskini Terakhir :
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
Malaysia
Tel: 03-8871 2600 / 03-8886 1111
Faks: 03-8881 0796 / 03-8890 1237
Emel: webmaster@kptg.gov.my
|
|







![]() | Hari Ini | 3923 |
![]() | Semalam | 23654 |
![]() | Seminggu | 99590 |
![]() | Bulan Ini | 528048 |









