W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Profil Organisasi Seksyen Harta Tanah Persekutuan

Seksyen Harta Tanah Persekutuan

Profil Seksyen Harta Tanah Persekutuan


Latar belakang

Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) pada asalnya dikenali sebagai Bahagian Harta Tanah Persekutuan di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan telah ditubuhkan sejak tahun 1957. SHTP adalah sebagai unit teras (core unit) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi menjalankan fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) selaras dengan kehendak Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349].

Objektif

  • Meningkatkan pengurusan dan penyelenggaraan harta tanah Persekutuan agar dapat menyumbang secara maksima kepada pembangunan negara.

  • Mewujudkan pentadbiran tanah persekutuan yang cekap dan bermutu selaras dengan hasrat pembangunan negara. 

 

Fungsi

  • Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod tanah milik dan tanah rizab Persekutuan;

  • Menguruskan permohonan pemberimilikan/perizaban tanah untuk projek-projek Persekutuan bagi pihak Kementerian/Jabatan Persekutuan;

  • Menguruskan pembayaran cukai tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;

  • Menguruskan perolehan tanah dan bangunan melalui proses pembelian mengikut garis panduan sedia ada; 

  • Menguruskan pajakan tanah-tanah Persekutuan;

  • Menguruskan perletakhakan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;

  • Mengendalikan urusan berkaitan tanah bagi projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan; 

  • Bertindak sebagai Pemegang Gadaian dengan menyempurnakan surat cara-surat cara berkaitan dengan gadaian bagi pinjaman perumahan pegawai kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak, Skim Pinjaman Berpendapatan Rendah di Semenanjung Malaysia dan Pinjaman Koperasi; 

  • Menguruskan perjanjian pajakan kecil tanah/bangunan di Sabah dan Sarawak bagi Jabatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak; 

  • Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan berkaitan urusan tanah-tanah Persekutuan. 

 

Seksyen Harta Tanah Persekutuan

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)

Aras 2, Menara 4G3

Wisma Sumber Asli

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4

62574 PUTRAJAYA

Malaysia


Kemaskini Terakhir :

Text Size