W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Profil Organisasi Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil

Seksyen Pusaka Kecil

Latar belakang

Seksyen Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah diwujudkan pada 1 Mac 1974 atas kesedaran dan kepekaan Kerajaan terhadap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat golongan pertengahan dan bawahan dalam menyelesaikan masalah harta pusaka yang nilaian keseluruhan hartanya tidak melebihi RM2,000,000.00. Di awal penubuhan, peranan Seksyen adalah lebih kepada membantu tugas yang telah sedia dilaksanakan oleh pentadbiran Pejabat Tanah Daerah. Bagaimanapun akhirnya peranan ini telah berubah menjadi tanggungjawab sepenuhnya apabila JKPTG membuat keputusan menambahkan jumlah Unit-Unit di seluruh Semenanjung daripada 11 unit pada permulaannya kepada 36 unit sebagaimana yang ada sekarang.


Objektif

  • Memastikan supaya pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil dilaksanakan dengan adil, cepat dan cekap.


Strategi

  • Meningkatkan keupayaan menyelesaikan permohonan di samping memberikan kesedaran kepada waris-waris supaya segera membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil.

 

Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)
Aras Bawah, Podium 1
Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
Malaysia

Kemaskini Terakhir :

Text Size