W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Latar 1 Latar 2 Latar 3 Latar 4 Latar 5 Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Sumber Arkib Arkib 2011 Berita & Pengumuman Makluman Penerbitan Buku Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Makluman Penerbitan Buku Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Buku Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

 

Ringkasan penerbitan:


Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan ini diterbitkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berkaitan praktis dan prosedur pentadbiran dan pengurusan tanah. Usaha penjilidan yang terakhir dilakukan pada tahun 1995. Gerak kerja semakan semula Pekeliling KPTG telah bermula seawal tahun 2005. Dua fasa semakan telah dijalankan di mana fasa pertama telah melibatkan 86 pekeliling dan fasa kedua melibatkan 122 pekeliling. Semakan fasa pertama telah melibatkan penyertaan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir-pentadbir Tanah dan dibengkelkan pada 5-7 September 2005.

 

Manakala, fasa kedua hanya melibatkan pindaan oleh seksyen-seksyen di dalam Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009. Hasil kerja ini akhirnya telah dimurnikan dan dimuktamadkan oleh Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan. Daripada semakan yang telah dijalankan, sebanyak 23 pekeliling dikekalkan, 94 pekeliling dipinda, 51 pekeliling dibatalkan dan 39 pekeliling dimansuhkan dan digantikan dengan 34 pekeliling baru. Struktur kompilasi Pekeliling KPTG yang baru ini disusun mengikut 36 Business Area Pentadbiran Tanah bagi memudahkan rujukan. Bagi tujuan ini, JKPTG ini telah membuat cetakan kompilasi keseluruhan pekeliling tersebut yang mengandungi semua Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan yang masih berkuat kuasa sehingga 1 Januari 2011.

 

 

(klik buku untuk muat turun dokumen)

Kemaskini Terakhir :

Text Size