W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Latar 1 Latar 2 Latar 3 Latar 4 Latar 5 Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Sumber Arkib Arkib 2011 Berita & Pengumuman Urusan pindahmilik tanah tanpa menggunakan khidmat peguam

Urusan pindahmilik tanah tanpa menggunakan khidmat peguam

Semua urusan pindahmilik tanah boleh dibuat tanpa menggunakan peguam. Ianya adalah bergantung kepada persetujuan di antara  penjual, pembeli dan juga pihak bank yang mengeluarkan pinjaman.


Bagi pindahmilik yang dibuat tanpa balasan (pemberian secara kasih sayang) seperti dari suami  kepada isteri, ayah kepada anak atau ibu kepada anak,  urusan penyaksian iaitu menandatangani borang pindahmilik (borang 14A) boleh dibuat dihadapan pendaftar hakmilik/pentadbir tanah iaitu dengan percuma dan selepas itu berurusan dengan LHDN / JPPH bagi urusan penilaian tanah bagi tujuan penentuan duti setem yang perlu dibayar. Setelah duti setem  dibayar, perserahan boleh dibuat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian ( bagi hakmilik daftar) / Pejabat Tanah (bagi hakmilik pejabat tanah) iaitu di mana tanah itu terdapat.


Selain dari itu pindahmilik yang pembayarannya boleh dibuat secara tunai, juga boleh dibuat tanpa menerusi peguam. Jika pindahmilik yang pembayarannya dibuat melalui pinjaman, kebiasaannya bank meminta ianya dibuat menerusi peguam.

Kemaskini Terakhir :

Text Size