Arkib
Arkib 2011
Berita & Pengumuman
Cabaran Pemudah
Dimaklumkan bahawa PEMUDAH telah melancarkan "PEMUDAH CHALLENGE" Musim Kedua: SATU Juta Ringgit untuk 1000 Idea!
Sahutlah "PEMUDAH Challenge"! Laksanakan perubahan. Bersamalah kita menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam. Maklumkan kepada pihak PEMUDAH peraturan/perundangan/lesen yang tidak lagi relevan dan ANDA berpeluang untuk memenangi RM1,000 untuk setiap cadangan yang diterima.
Setiap penyertaan hendaklah dihantar terus kepada pihak PEMUDAH di laman web www.pemudah.gov.my . Bagi tujuan rekod, salinan penyertaan yang telah dihantar di laman web PEMUDAH hendaklah dikemukakan kepada urusetia di JKPTG. Salinan penyertaan boleh dibuat menggunakan borang seperti di Lampiran dan diemelkan kepada
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
.
Terma & Syarat :
• Cabaran ini terbuka kepada semua orang awam dan tiada had jumlah penyertaan.
• Kenalpasti peraturan/perundangan/lesen yang boleh diubah/dimansuhkan dan berikan cadangan anda untuk penambahbaikan.
• Cadangkan proses-proses yang kreatif dan inovatif untuk menambahbaik Perkhidmatan Awam.
• Hantarkan cadangan-cadangan anda melalui laman web www.pemudah.gov.my.
• Dalam keadaan dimana kami menerima dua (2) atau lebih penyertaan dengan cadangan yang sama, hanya cadangan yang pertama diterima akan layak untuk dipertimbangkan.
• Tarikh akhir penyertaan adalah pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2011 (Sabtu).
• Anda boleh menghantar sebanyak mana cadangan yang dikehendaki tetapi setiap satu idea mestilah menggunakan satu borang sahaja (Satu Idea dalam Satu Borang dan penjelasan hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan).
• Keputusan akan diumumkan pada bulan Jun 2011.
• Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
Kemaskini Terakhir :
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (Persekutuan)
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA, Malaysia
Tel: 03-8871 2600 / 03-8886 1111
Faks: 03-8881 0796 / 03-8890 1237
Emel: webmaster@kptg.gov.my
Penafian
| Dasar Privasi
| Dasar Keselamatan
| Panduan Pengguna 
|
|







![]() | Hari Ini | 18572 |
![]() | Semalam | 16753 |
![]() | Seminggu | 56348 |
![]() | Bulan Ini | 440147 |















