W3C Tema Hitam Tema Merah Tema Hujau Tema Biru Besarkan Tulisan Kecilkan Tulisan Warna Font Warna Font Warna Font Latar 1 Latar 2 Latar 3 Latar 4 Latar 5 Kembali Kepada Asal
Peta LamanPeta Laman |
Login atau Daftar | 
Sumber Penerbitan Penyelidikan & Pembangunan

Penyelidikan dan Pembangunan

Bil Tajuk Buku Ringkasan Penerbitan
1.

Buku Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan


Pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan ini diterbitkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berkaitan praktis dan prosedur pentadbiran dan pengurusan tanah. Usaha penjilidan yang terakhir dilakukan pada tahun 1995. Gerak kerja semakan semula Pekeliling KPTG telah bermula seawal tahun 2005. Dua fasa semakan telah dijalankan di mana fasa pertama telah melibatkan 86 pekeliling dan fasa kedua melibatkan 122 pekeliling. Semakan fasa pertama telah melibatkan penyertaan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir-pentadbir Tanah dan dibengkelkan pada 5-7 September 2005.                                                             
2.

Buku Laporan Bengkel Kajian Perundangan Kanun Tanah Negara 1965 Fasa 1


Kajian semakan semula Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) Fasa 1 melibatkan keperluan perubahan dalam aspek-aspek perundangan, pentadbiran dan prosedural pentadbiran tanah yang dipraktikkan di Semananjung Malaysia bagi mempertingkatkan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah. Hasrat akhir kajian ini adalah untuk membantu menyediakan rangka kerja undang-undang yang mencukupi bagi pelaksanaan sistem pentadbiran tanah elektronik,  pembangunan kapasiti pentadbiran tanah serta peningkatan dan penambahbaikan sistem dan proses kerja penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah. Projek kajian ini dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dengan kerjasama perunding tempatan iaitu IIUM Entrepreneurship and Consultation Sdn.Bhd.

(Hubungi talian : 03-8871 2676/2678/2677 untuk mendapatkan buku ini)

2.

Jurnal Pentadbiran Tanah Vol 1 Bil 1/2011

Cover_Jurnal_Pentadbiran_Tanah_JKPTG-1_95x134

 

Menyedari pentingnya pengurusan pengetahuan yang sistematik dalam pentadbiran tanah Malaysia, JKPTG telah mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sebuah Jurnal Pentadbiran Tanah sebagai media interaktif bagi menghubungkan perkongsian dan penyebaran bersama maklumat tadbir-urus tanah di kalangan pengamal-pengamal dan penyelidik-penyelidik pentadbiran tanah. Edisi pertama Jurnal ini boleh diakses melalui Portal JKPTG dan ia boleh dimuat-turun untuk rujukan anda. Bagi memastikan kesinambungannya dalam edisi akan datang, adalah dengan ini dialu-alukan sumbangan hasil karya anda berkaitan isu-isu pentadbiran tanah untuk dimuatkan dalam Jurnal ini.  Semua hasil karya yang telah disediakan dalam versi Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia bolehlah dikemukakan secara email atau CD dalam bentuk MS Word kepada Sidang Editorial Jurnal Pentadbiran Tanah untuk proses penyuntingan. Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Pegawai Perhubungan Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan di alamat emel Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya atau 03-88712677

Tapisan Tajuk      Paparan #  
# Tajuk Artikel

Kemaskini Terakhir :

Text Size