wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wpc677bf06.png












wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpef70fd99.png
wpe685c515.gif
wpd9884a66.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp64c42baf.png
wp6f0b125b.png

wp00000000.png

 Kata Hikmat Adab

 

1.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan  pakaiannya.(Hamka).

 

2.

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle )

 

3.

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

( Aristotle ).

 

4.

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam (Budiman ).

 

5.

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.(Hamka).

6.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka )

7.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

8.

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

9.

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).

10.

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).

11.

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka ).

12.

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.(Hamka)

13.

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

14.

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.

(Maksud hadis ).

 

 

 

wp10712039_0f.jpg