wpc8631a80.png
wpc51f9c3d.png


wpf829c690.png








wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpe685c515.gif
wpb1ec03ae.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp26c4606e.png
wpb7b04f29.png
wp897d644b.png
wpd3072fcd_0f.jpg
1  |  2  |  3  |  4

wp00000000.png

Permohonan Pembahagian Harta Pusaka

Tujuan rencana ini diterbitkan ialah:-

1.

Untuk memberi penerangan ringkas tentang wujudnya unit pusaka kecil di peringkat daerah di seluruh negeri di semenanjung.

2.

Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil;

3.

Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu dibuat secepat mungkin.

Unit Pembahagian Pusaka Kecil

Seksyen pembahagian pusaka mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit mengawasi dua atau tiga daerah.bagi daerah di mana tidak wujud unit pusaka kecil, urusan penerimaan permohonan (borang a dan borang p) adalah dibuat melalui pejabat tanah di daerah-daerah berkenaan.

Apakah harta pusaka kecil?

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1.

Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Will Ordinance 1959 );

2.

Harta itu terdiri daripada: tanah dan lain-lain harta alih seperti Wang Tunai, Saham, KWSP,  ASN, ASB, ASJ dan sebagainya;

3.

Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM600,000.00 pada tarikh permohonan dibuat.

Ciri-ciri istimewa Pembahagian Pusaka Kecil

Di antara ciri-ciri istimewa dalam Pembahagian Pusaka Kecil ialah:

1.

Borang permohonan (Borang A boleh didapati di tiap-tiap unit pembahagian pusaka kecil atau pejabat tanah daerah;

2.

Pembicaraan boleh diadakan di balai-balai raya / penghulu dewan orang ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;   

3.

Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;

4.

Penyerahan / penerimaan hak / bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran;    

5.

Pembicaraan boleh dibuat di daerah di mana wujudnya harta simati;

6.

Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu;