wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wpf829c690.png











wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpef70fd99.png
wpe685c515.gif
wpd9884a66.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp64c42baf.png
1  |  2  |  3  |  4
wp25da5bc9.png

wp00000000.png

Soal Jawab Pembahagian Harta Pusaka Kecil

A

Definisi

Bil.

Soalan

Jawapan

1.

Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?

Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.

2.

Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil?

 

Harta pusaka kecil ialah harta yang terdiri daripada harta tak alih (tanah / rumah) dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM 600,000 dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1949.

3.

Apakah yang dimaksudkan sebagai harta tak alih?

Harta  tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.

4.

Apakah yang dimaksudkan harta alih?

 

Harta alih ialah wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya.

B

Bidang Kuasa

 

 

Bil.

Soalan

Jawapan

1.

Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat?

 

Permohonan  pembahagian  harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta pusaka itu berada.

2.

Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan di manakah permohonan perlu dibuat?

Permohonan hendaklah dibuat di daerah di mana tanah yang nilaiannya paling tinggi berada.

3.

Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris.

Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan tujuan mengapa permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan dipanjangkan untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya ianya melibatkan pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan pelangkauan negeri.

4.

Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang melibatkan harta alih sahaja (tiada harta tak alih dibuat di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka?

Tidak boleh. Permohonan tersebut hendaklah di buat di Pejabat Amanah Raya Berhad.

5.

Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka berkaitan wang pampasan yang diterima akibat daripada proses Pengambilak Balik Tanah dibuat di Pejabat Pembahagian Pusaka atau Unit Pembahagian Pusaka?

 

Boleh, kerana ia merupakan kepentingan yang wujud dari tanah.