wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wpf829c690.png











wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpef70fd99.png
wpe685c515.gif
wpd9884a66.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp64c42baf.png
1  |  2  |  3  |  4
wp25da5bc9.png

Bil.

Soalan

Jawapan

6.

Bolehkah  tuntutan   pusaka   harta   tak alih dan harta alih dikemukakan secara berasingan dengan tujuan supaya pembahagian harta alih dapat dilakukan lebih awal?

Tidak boleh, permohonan kedua-dua jenis harta tersebut hendaklah dikemukakan dalam satu permohonan sahaja.

7.

Permohonan    awal    telah  dibuat   di Mahkamah  Tinggi   dan    Surat   Kuasa Tadbir (Letter of Administration)   telah   dikeluarkan.     Bolehkah penyelesaian    seterusnya   dibuat  di  Pejabat Tanah atau di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil?

Pada dasarnya  tidak  boleh.  Walau bagaimanapun sekiranya pihak Mahkamah Tinggi memberi kebenaran, ianya boleh dilakukan

8.

Sekiranya si mati seorang Islam dan meninggalkan wasiat, bolehkah penerima wasiat membuat permohonan pembahagian pusaka kecil?

Boleh,  kerana  wasiat  bagi orang-orang Islam tidak tertakluk kepada Akta Wasiat 1949. Walau bagaimanapun penerima wasiat hendaklah terlebih dahulu mendapat kesahihan wasiat tersebut di Mahkamah Syariah. Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah akan diterima pakai dalam perintah pembahagian harta pusaka kecil.

 

 

 

C

Permohonan

Bil

soalan

Jawapan

1.

Siapakah yang layak memohon pusaka?

Waris terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak  dan lain-lain waris yang boleh mewarisi harta si mati, pemiutang, pemegang gadaian, penerima wasiat, Baitulmal, Penghulu, Pegawai Penempatan, Pemegang Amanah (trustee), Penerima Amanah, Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney), Amanah Raya Berhad dan pembeli.

2.

Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka dibuat?

Pemohon  dikehendaki   mengisi borang permohonan (borang A) dan menyertakan sekali dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian, sijil carian rasmi hakmilik tanah, perjanjian jualbeli tanah atau rumah, surat pengesahan harta alih yang dituntut, salinan kad pengenalan waris atau sijil kelahiran waris yang belum dewasa, sijil perkahwinan, penyata hutang dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan harta si mati.

3.

Sekiranya hakmilik (geran) tanah telah hilang dalam simpanan, bolehkah permohonan pembahagian pusaka dibuat?

Boleh, pemohon hendaklah mendapatkan carian rasmi atau salinan yang diakui sah dari Pejabat Tanah di daerah berkenaan.

4.

Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah ia dibuktikan dengan dokumen lain?

Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Bersumpah yang disediakan mengikut kehendak Akta Akuan Bersumpah 1960 (Statutory Declarations Act 1960) atau Perintah Anggapan Kematian (Order of Presumtion of Death) dari Mahkamah Tinggi sekiranya si mati  telah didapati hilang bagi tempoh yang melebihi 7 tahun.

5.

Apakah pendaftaran permohonan pembahagian harta pusaka dikenakan apa-apa bayaran?

Setiap  permohonan   dikenakan   bayaran

pendaftaran sebanyak RM 10.00.