|
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan web JKPTG serta hak dan kewajipan anda semasa
mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di web ini. Sekiranya anda mengakses
web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat
ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan,
dan kami, Kerajaan Malaysia bagi akses dan / atau penggunaan web ini. Syarat-syarat
ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi
web ini. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan
dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
|
|
1.
|
Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
|
|
2.
|
Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan,
data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat
menerusi atau daripada web ini.
|
|
3.
|
Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda.
|
|
4.
|
Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di web ini.
|
|
5.
|
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan web ini.
|
|
|
Had Tanggungjawab
|
|
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab
ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan
atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian
berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat
daripada:
|
|
|
Pautan
|
|
Kerajaan Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman
web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Kerajaan Malaysia
tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju
bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut
dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan,
produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya
mengakui dan bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab, secara langsung
atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh
atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan
ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman
atau sumber tersebut.
|
|
|
Penamatan
|
|
Kerajaan Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan
atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila
masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa
serta-merta. Kerajaan Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda
yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan
web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Kerajaan
Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan
akses kepada perkhidmatan tersebut.
|
|
|
Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
|
|
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan
atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis
terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan
web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Kerajaan Malaysia mendapati perlunya
untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat
demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan
mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang
perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya
bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat
(yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan
anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada
syarat-syarat ini.
|
|
|
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
|
|
Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau
sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila
masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak
bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian,
penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
|
|
|
Umum
|
|
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak
boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan
syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau
peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan
dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu
tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa
sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang
tidak sah.
|