wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wpf829c690.png











wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpef70fd99.png
wpe685c515.gif
wpd9884a66.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp64c42baf.png
wp53dbfbd7.png

wp00000000.png

Undang-Undang Tanah Rezab

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

EMR 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15 Disember 1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.

Negeri- negeri lain selain daripada NMB kemudiannya juga telah mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu;

1.

ERM Kelantan   1930

2.

ERM Kedah   1931

3.

ERM Perlis   1935

4.

ERM Johor   1936

5.

ERM Terengganu  194

Pihak British tidak mewujudkan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

wp00000000.png

Objektif Tanah Rizab Melayu

1.

Menyekat atau melarang tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu.

2.

Menyekat Tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu.

wp00000000.png

Matlamat

Adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan kekal dikuasai oleh orang Melayu.

wp00000000.png

Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab Melayu:

1.

Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan)

2.

Tanah Hutan Simpan

3.

Tanah Rizab Awam

4.

Tanah Milik

Tanah Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Seksyen 6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954]

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh Menteri Besar di bawah Seksyen 4(1)b, ERM (NMB Bab 142)