wpa0f6360d.png
wp0d1efebe.png


wpf829c690.png











wp7acebe1f.gif
Sebarang masalah sila hubungi
webmaster@kptg.gov.my
Tarikh kemaskini:
Jumlah capaian mulai
05/ 20/2008

Terma & Syarat | Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Pasukan Web | Peta Laman | Peta Lokasi

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768

wpef70fd99.png
wpe685c515.gif
wpd9884a66.png
wpa27bcaef_0f.jpg
wp769de4a1_0f.jpg
wp64c42baf.png

 

wp00000000.png

Tindakan Oleh Jabatan Yang Memerlukan Tapak

Tindakan-Tindakan Yang Cekap Dan Teliti Oleh Jabatan-Jabatan Boleh Membantu  Mempercepatkan Proses Pengambilan.  Tindakan-Tindakan Berikut Perlu Di Beri Perhatian.

 

Rancang Projek Dengan Teliti

1.

Lawat tapak dan pastikan tapak cadangan memenuhi keperluan teknikal projek dari segi keluasan dan lokasi.

2.

Pastikan bentuk fizikal tapak adalah sesuai – ambil kira keadaan kecuraman bukit, jenis tanah-tanih dan risiko banjir.  Kesemua ini boleh mempengaruhi kos dan jangka masa pelaksanaan projek kelak.

3.

Pastikan projek yang dicadangkan sesuai dengan perancangan guna tanah kawasan persekitaran. Dapatkan pandangan JPBD atau Pihak Berkuasa Tempatan.

4.

Ambil kira keperluan laluan jalan masuk dan perparitan untuk mengelakkan banjir.  Masukan keperluan ini dalam pelan pengambilan tanah, jika perlu.

5.

Elakkan dari memohon tanah yang telah terlebih dahulu dipohon oleh Jabatan lain.  Semak dengan Pejabat Tanah untuk elakan pertindihan.

6.

Dapatkan bantuan Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) untuk membuat anggaran kos pengambilan.

7.

Dapatkan kelulusan Jawatankuasa Tindakan Daerah mengenai cadangan permohonan pengambilan tanah.

8.

Beri tempoh 1 tahun untuk urusan pengambilan tanah oleh pentadbiran tanah sebelum pelaksanaan fizikal projek.

wp00000000.png

Buat Permohonan Secara Betul

APT 1960 melalui Seksyen 3 (1), memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil mana-mana tanah yang diperlukan:

1.

Pastikan keperluan tapak telah muktamad sebelum membuat permohonan di bawah sek. 8 APT 1960.  Jika masih belum pasti dan perlu kajian lanjut, pohon pemberitahuan di bawah sek. 4 terlebih dahulu.

2.

Kemukakan permohonan dengan mengisi Lampiran A bagi permohonan di bawah seksyen 4 dan Lampiran B bagi permohonan di bawah seksyen 8 mengikut Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Bil. 1/2003.

3.

Pastikan dokumen dan bilangan salinan pelan pengambilan yang terkini secukupnya dihantar bersama permohonan mengikut skala syit piawai Pejabat Tanah, pengesahan peruntukan dan keperluan Sijil Akuan Segera, dan dokumen-dokumen lain seperti ditetapkan dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2003.

4.

Penyediaan pelan permohonan pengambilan hendaklah disediakan oleh pakar perunding atau Juruukur  bertauliah (masukkan kos penyediaan pelan di dalam kos pengambilan).  Pastikan pakar perunding atau Juruukur bertauliah yang dilantik itu berunding dengan JKPTG Negeri terlebih dahulu sebelum menyediakan pelan pengambilan tanah.

5.

Pastikan pakar perunding atau Juru ukur bertauliah menyemak maklumat tanah di Pejabat Tanah Daerah berkenaan selain dari maklumat dari Jabatan Ukur (JUPEM).

 

 

 

Hadir Siasatan (enquiry) Yang Ditetapkan.

Pastikan seorang wakil Jabatan yang mengetahui selok belok projek, hadir semasa siasatan di hadapan Pentadbir Tanah.

 

 

 

Bayar Pampasan Secepat Mungkin.

Pastikan bayaran disediakan dan diserahkan kepada pemilik dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis tawaran pampasan (Borang H) dikeluarkan.  Jabatan pemohon akan dikenakan caj bayaran lewat 8% setahun jika melewati tempoh 3 bulan ini.